Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, May 23, 2010

- Syahid dalam berjuang -

Bismillahirrahmanirrahim......




Menitis air mataku di perdu pohon malam yang kelam
tika cerita mu gah di sebarkan rakan
kau tersenyum di samping bidadari idaman

Telah kau buktikan janji tuhan itu benar
telah kau lalui jalan yang silam dengan kejayaan 
telah kau sirami embun di hati2 yang kekeringan
juga dapat ku rasakan kau telah kecapi manisnya iman

kau tidak aku kenal
kerana kau bukanlah siapa2 padaku
namun aku ingin kau tahu
 mati mu sangat di cemburui aku

Telah ku kira amalan ku
namun ku tahu, ianya jauh tak standing dengan amalan mu
namun begitu ku cuba melalui jalan2 yang kau telah lalui
agar kelak kita berada di dalam golongan yang di redhai

Berhari-hari sirah perjuangan mu ku baca
Subahanallah...terkesannya hati terlerai air mata
kecemburuan di hati yang tiada tara
melihat jasadmu tenang untuk bertemu Sang Pencipta.

Aku menagis lagi..
memikirkan jalan yang kau lalui
begitu berat untuk aku lalui
kerana itu aku sering berdoa
di tetapkan hati untuk berada di jalan yang sempurna

Tangisan ku tiada henti
dan aku menangis lagi
hingga bahagia itu turut aku miliki
sehingga itu tangisan tidak akan berhenti

Akan terus ku rayu
dengan doa dan tangisan
kerana aku ingin seperti engkau
syahid dalam perjuangan


 *Luahan bicara buat Da'ie Illallah
Muhammad Huzaifah Bin Muhammad Huzazi
Syahid pada 4 hb Mei 2010
ketika keluar dakwah di Sandakan Sabah.
Al Fatihah buat Allahyarham......

* untuk info..sila ke blog di bawah :
Karkuzari Dakwah Iman , Revolusi Perjuangan
Anak Pendang Sekeluarga  ,  Meit Habib
.

19 comments:

  1. sy dapat rasa luahan ini..

    ReplyDelete
  2. emm..mungkin kita satu rasa inas..

    ReplyDelete
  3. Umu, memanglah pada kesah mereka yang syahid di jalan Allah saperti sahabat r.hum , kesah mereka akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada sesiapa yang menjalankan usaha saperti mereka.Tetapi bagi orang yang tidak membuat usaha saperti mereka, perasaan ini tidak akan datang dan tidak memberi kesan apa-apa. Saya pun beberapa kali membaca kesah ini dam sedih dan mengalir air mata, semuga Allah terima kita semua.

    ReplyDelete
  4. tuan benar..
    jika umu kabarkn pada orang2 yang tiada dalam usaha..bagi mereka perkara ini di dengar seperti angin lalu je.. tiada kesan apa2 pun. sampai umu pun jadi pelik..
    paling kurang pun akan di dengar "oh, ye ke"
    seperti x ada apa2...
    sedangkan bagi umu, perkara ni sangat2 memberi kesan malah sampai terbawa dalam tidur..huhuu
    amin. semoga Allah pilih kita.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Hanya yg Allah bg faham sj yg akan memahami...

    Doa Allah pilih kita juga & kekalkn dlm usaha agama smpai akhir hyt.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wbt kak..

    hmm..akak juga benar. Moga Allah beri kefahaman pada mereka yg telah di beri peringatan.. minta doanye untuk semua ye :)

    ReplyDelete
  7. Hanya yang Allah bagi faham saje memahami
    kematian itu pasti dan pasti terjadi
    Namun kematian semasa menjadi da'i
    Adalah sangat sangat dicemburui

    ReplyDelete
  8. Nenek juga benar..

    umu sangat terkesan dengan ayat ke 3 tu nek. Moga Allah pilih umu. tapi seringkali terfikir bagai x layak aje :(

    ReplyDelete
  9. 1) Dari Allah kita di datangkan ke dunia ini dan kepada Allah juga kita kembali.

    2) Berakhir sudah episod musafir beliau di dunia ini DAN Bermulalah kehidupan akhirat beliau.

    3) Tertutup mata di dunia dan tersingkap mata ke alam akhirat untuk menerima pembalasan dari Yang Maha Pencipta, RabbulJalil terhadap amal yang di usahakan

    4) Sedih dan rindu pada ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai, saudara mara, dan semua yang melihatnya TETAPI Kegembiraan, kebahagiaan, kenikmatan kepada beliau kerana dapat berjumpa dengan Yang Maha Pencipta, Allah Jalla Jalalu.

    5) Semua yang ada di dunia ini akan fana'(binasa) yang kekal hanya DIA, Zat Maha Tunggal, Zat Yang Maha Kekal

    6) Aku, kamu, dia, awak, saya, ana, anta, anti, antum, mereka, siapa sahaja adalah musafir hina yang dalam perjalanan untuk menuju ke alam akhirat, namun ada yang tersungkur, ada yang sesat, ada yang tidak ada tujuan, ada yang jelas halatujunya.

    7) Sudah bersediakah kita semua untuk di tarik Roh oleh Malaikatulmaut? Bumi Mana ? Bila ? Baik atau Buruk ? Itulah persoalannya.

    8) Tunggu!!!! Semua kita akan ke sana.

    ReplyDelete
  10. Buat "24jam"

    Berulang kali saya membaca perkataan2 anda. setiap ulangan bacaan buat hati saya semakin berdebar. semakin gementar dan semakin pilu.

    Subahanallah..yang menjadikan kata2 anda ada hikmahnya pada saya. Jazakallah khaira katira kerana mahu beri peringatan.

    Kalau boleh ingatkan saya lg n lg. kerana saya yang lemah ni selalu lupa. bila di tinggalkan selalu leka :(

    ReplyDelete
  11. Dan tetaplah memberi peringatan kerana peringatan itu bermanafaat untuk orang mukmin

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Terima kasih kerana memuat kisah anak saya Muhammad Huzaifah. Moga ada manfaat utk yg masih hidup dan bermanfaat juga bagi arwah di sana. Mohon seiklasnya pahala bacaan Al-fatihah. Kpd tuan izinkan saya copy & paste puisi tuan dlm blog saya.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumsalam wbt tuan...
    sama-sama. InsyaAllah....jika ada manfaatnya luahan bicara saya tu pada tuan, kerana Allah..saya izinkan.
    minta doakan saya..

    ReplyDelete
  14. Salam.
    Terima kasih. Puisi puan sudah saya copy & paste dalam blog saya. Sekali lagi jutaan terima kasih.

    ReplyDelete
  15. Utk menceritakan perjalanan insan pilihan yg syahid di jln ALLAH...tiada perkataan boleh digunakan utk menceritakan perjuanaganmu huzaifah...utk sahabat yg pernah bersama dgn mu ketika berlangsungnya perjuanganmu..terkelu seribu bahasa..hanya doa kami yg mampu mengiringi mu..terkenang taghribmu yg terlalu dekat dgn jiwa ini..walau ape terjadi,dan satu persatu kita melihat rakan seusaha tersingkir dr usha agama..truskanlah usaha ini..InsyaALLAH...aku rindu kpada mu huzaifah...akan ku pastikan pertemuan kita selepas ini bermula dgn pelukan erat sbagaimana pertemuan terakhir kita yg lalu...gembiralah disana dgn janji ALLAH..namun jgn lupa pada janji ALLAH yg satu ini...berita gembira rakan seperjuanganmu yg masih meneruskan perjuangan disini...

    ReplyDelete
  16. Subahanallah...kasih sayang x pernah putus terhadap sahabat seperjuangan yang mana semasa hayatnya kemanisan dan kepahitan perjuangan dikonsi bersama . sehinggakan saya teringat kisah kasih sayang Bilal bin Rabah r.hu setelah wafatnya Nabi SAW.... JAZAKALLAH SUDI BERKONGSI DI SINI :)

    ReplyDelete
  17. tiada indah sesuatu perkara kecuali disertai perkara agama...suatu ketika nabi s.a.w diakhabarkan kesyahidan seorang sahabat dimedan jihad lalu baginda menitiskan air mata..sahabat2 bertanya ya RASULULLAH mengapa kamu menangis..jawab RASULULLAH s.a.w..air mata ini adalah air mata dari orang yg mengasihi kpd orng yg dikasihi...ALAHAMDULILLAH,ALLAH pilih air mata ini utk tumpah krn berpisah dgn orng yg dikasihiNYA...mudah2han ALLAH s.w.t kabulkan salah satu doa malaikatNYA yg maksum utk orng yg keluar djln ALLAH...ya ALLAH hari ini kerana agamaMU mereka berpisah maka kau satukan semula mereka di dlm syurgaMU...

    ReplyDelete
  18. tuan benar... Jika ikhlas kerana Allah swt.. insyaAllah..segalanya pasti indah.
    Saya aminkan doa tuan yg di muliakan oleh Allah swt..
    amin..amin..amin..Ya Allah. Kau perkenankanlah doa hamba2Mu yg sentiasa memohon dan mengharapkan belas dari Mu...

    ReplyDelete