Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, May 28, 2010

Masa yang Berlaluuu.......

Bismillahirrahmanirrahim.....

Emm.. semenjak saya duduk di rumah kakak, makanya saya sangatlah banyak menghabiskan masa beraktiviti bersama anak2 semut saya yang 3 orang ini. Kadangkala saya seperti kembali ke zaman kanak2 semula. Bergurau, banyak main, ejek mengejek dan macam2 lah.

Sehinggakan anak semut saya boleh memanggil saya "cik mu barbie doll" dan saya memanggilnya "zaim batman x terer"..hahaa <-- sangat kejam


Bukan main lagi zaim melaram ke tadika setiap hari jumaat. kalah orang nak nikah..hahaa

Sangat lah suka diorang dapat berjalan ke taman. Nasib baik mak ciknye yang sorang ni rajin nak beriadah. kalau tidak....duduk rumah je la diorang..hehee
Siapa suruh duduk di bandar, nak dekat dengan gate pun ibunye dah menjerit..hahaa. kesian!!

 Okey...tiba masa berlatih solat! Alhamdulillah...senang nak didik tapiiiiii.........PENATTT!!
"baca kuat sikit....cik mu x dengar, jangan goyang2, jangan garu2, mata pandang bawah, kaki macam ni, tangan macam ni..bla...blaaa...blaaaa"

>> Entah macam mana la dulu agaknya kakak sabar mengajar saya cara solat. Hari ini saya pula yang mengajar anak-anaknya cara bersolat. sekejap je masa berlalu.huhuu
Jazakillah buat kakak2 yang mendidik saya dengan sabar sejak saya kecil hinggalah sekarang ni :)

*****************************

 Sempena hari ibu, maka ada la pertandingan mewarna untuk tadika tempat zaim bermain belajar. Saya telah di pertanggungjawabkan oleh ibunya untuk melatih zaim cara mewarna dengan betul cantik (walaupun hakikatnya time saya kecik-kecik dulu x pernah pun menang bab2 mewarna ni). Tapi yang geramnya banyak betul songeh si zaim ni. X mahu berlatih di dalam buku mewarna tapi mahu saya melukisnya sendiri....eeeeee

Entah siapa punya lukisan la yang canteeekkk sangat tu :p
(saya di paksa melukis..huhuu. sangat tidak kreatif dan sangatlah x suka ---> sapa suruh paksa2, maka itulah hasilnya :p ) 

Maka di hari pertandingan.....

Dah dapat warna dan lukisan. Maka pertandingan pun bermula.....

Sangat khusyuk sekali zaim mewarna. Kan bagus time latihan solat macam ni..
Oleh kerana zaim x kreatif macam mak ciknye juga.. maka dia x menang pun dalam pertandingan tu..hahaa (saya jadikan modal untuk gelakkan dia sampai sekarang) ---> lebih2 lagi saya pula bawa balik hadiah untuk cabutan bertuah :)

*******************************

Dan 3 hari lepas kami menerima khabar gembira bahawa anak semut saya bertambah lagi seorang. Anak abang sulung. Alhmdulillah, bertambah lagi seorang dai'e di dalam keluarga kami.. Nampaknya dalam tahun ni keluarga saya telah menerima 2 orang baby lelaki.

Mungkin tahun depan bertambah2 lagi.... Moga Allah kurniakan kami rezeki yang sangat di sukai Nabi saw ni..amin. Seperti biasanya, doa saya agar mereka kelak membesar dan sedia korbankan diri untuk agama :)


*******************************

InsyaAllah, saya akan bercuti di kampung selama 5 hari dan dapatlah berjumpa abah sebelum abah ke johr nanti. Rindunya.....semenjak habis study x berkesempatan lagi untuk pulang ke kampung.

Saya pasti.. di kampung nanti tentu saja banyak perkara yang akan di mesyuarahkan oleh abah berkenaan hal agama, perkembangan diri( termasuk hal study, jodoh, kerjaya..huhuu), keluarga dan bermacam lagi. Siap sedia la dengan hujah mu wahai umu anisah...

Dan pasti sahaja anaknya yang sorang ini akan sangat pandai untuk mengelak bila sampai bab2 yang sangat "menarik" untuk di mesyuarahkan. hikhikk.. :p

Tunggu kepulangan ku wahai abahku sayang :)
.

8 comments:

  1. Salam...psstt abah nama mohd. nor ye? kalau betul ummi dulu pnah dtg umah umu...kalau tak betul, sorilaa...serkap jarang je ni...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt ummi..

    emm..iye, x salah lg nama abah tu.. tp ble ye ummi dtg? time kuar masthurat ye?
    Rasenye x pernah lg umah umu terima jemaah dari Melaka. @ mungkin time ummi dtg, umu x ada di umah..hehee

    ReplyDelete
  3. Ummi dtg dgn pkcik n anak2.Pkcik berurut dgn abah umu, mkcik tmpang sekaki dgn 'mak' awak.
    Ada sorang adikberadik umu yg kuar masturat ke ipoh 10h. Siapa? Umu ke? Bayan hidayat kat melaka, suami ummi yg bayan...O ye sblum pg uma dulu, ummi ada kuar masturat ke gemas, korg adikberadik ada dtg nusrah...ummi taulah korg mmg rupa cam cina...kan, kan?
    Zupp!!!Mengena serkap ummi kali ni...haha...

    ReplyDelete
  4. Aduhai.....ummi ni jangan la citer detail kat sini. segan plak umu...
    Yang kuar di ipoh tu adik bawah umu.
    emm...betul la tu kut.. Kami nusrah siap tido sana (rumah "Tok Nah" kan?). Agak2nye ummi kut yang ajar doa nak dapatkan "strong karkun" time gelap2 nak tidur tu..hahahaa. kitaorang sengih2 je dengar dalam gelap tu..hehee. kelakar! :P

    ReplyDelete
  5. Masa yang berlalu.

    Apa yang saya dah buat kepada masa yang berlalu?

    Kita semua merentas masa dari tiada kepada ada, dari alam roh ke alam rahim, tinggal di alam rahim 9 bulan, di lahirkan ke dunia yang fana' dengan ketetapan yang maha pencipta dalam tempoh yang telah di taqdirkan.

    Ahh...!! adakah saya sedar di mana saya sekarang? Dari mana saya datang? ke mana saya akan pergi selepas ini? Apakah kesudahan hidup saya dalam husnul khatimah atau su'ul kahtimah (nau'zubillahiminzalik).

    Apa yang saya dah buat untuk hari mati, alam kubur, alam mahsyar, alam sirat? Syurga atau Neraka? Cukupkah bekalan yang ingin di bawa ke sana? Adakah iman dan amal saya disukai oleh Allah?

    Aduh..!!! saya hanya angan-angan, tipu, lalai dan leka dengan dunia. Rumah yang dibina seolah-olah akan hidup kekal di dunia ini, harta yang ditimbun seolah-olah nak bawa ke sana. Lidah engkau hanya pandai menyusun kata tetapi hakikatnya engkau tipu dan tenggelam di dalam angan-angan.

    Wahai diri yang lalai, sedarlah dari lamunanmu, mimpimu, angan-anganmu di dunia ini, usah engkau sedar bila mana roh mu di kerongkong dan ketika itu sudah tiada gunanya.

    Wahai diri, menangislah! menangislah! menangislah sekarang ini, jangan engkau menangis di sana kerana air mata di sana sudah tiada gunanya.

    Wahai diri, kembalilah kepada Jalan Allah dan Rasul kerana itulah jalan yang benar.
    Apabila engkau berada di atas jalan yang benar, petunjuk Allah akan bersama kamu.

    Istiqamahlah engkau atas petunjuk Allah sehingga datang kematianmu. Dan ketika itu tiada yang lebih gembira kepadamu kerana dapat bertemu dengan HabibMU Yang Maha Cantik.

    .......

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Hmm..masa yg brlalu takleh kmbali lg. Hnya perlu doa dan taubat atas kesilapan2 yg telah dilakukan...Smoga Allah terima dan pilih lagi buat usaha agama yg mulia ni..Timbulkan fikir risau. Bila ada fikir risau, baru dtg usaha n gerk kerja, dgn ksediaan hti serta rela diri buat pengorbanan.. Tak ada risau, sejuk sejahteralah jwbnya...

    ReplyDelete
  7. Salam umu,
    sorilah ummi terserkap umu...delete lah kalau umu segan apa yg ummi catat...
    ummi bkn pg rumah tok nah tapi uma anaknya yg ramai anak tu...tak ingat namanya...korg pun dtg skjp je nusrah masa bayan je kot...
    abah umu kenal gaknya ckg rauf/bkn ustz rauf melaka...ok krm slm comel...dari ahlia ckg rauf.

    ReplyDelete
  8. Bismillahirrahmanirrahim...

    Buat "24jam"

    Jazakallahukhoira mengingatkan saya lagi dan lagi.. sebenarnya tajuk entry kali ini hanya sekadar tajuk kepada sebuah entry. Tapi asbab fikir anda telah menjadikannaya sebuah peringatan dan risalah yang amat berguna pada saya...

    insyaAllah..pasti ada manfaatnya buat pembaca yang lain.

    Teruskan memberi peringatan. kerana peringatan itu amat bermanfaat buat orang-orang mukmin :)

    ***********

    Buat kak aliaazuan

    insyaAllah kak. ingatan akak juga amat bermanfaat buat umu..
    umu pun dah rasa dingin2 je ni..moga x jadi beku terus..huhuu..minta jauhkan.

    **********

    Buat ummi

    emm.. x apa lah ummi. umu ok aje..hehee. owh bkn umah tok nah ye. emm..mgkin umah anaknye di Gemas Baru tu..
    kalau di sana, ada la juga beberapa kali g nusrah. tapi x ingat ummi dalam jemaah yang mana.
    InsyaAllah, mgkin abah tahu kut kalau umu bertanya. emm..kirim salam ngn mak lang ye? insyaAllah akan di sampaikan.. :)

    ReplyDelete