Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, May 16, 2010

- Jasa orang berilmu -

Bismillahirrahmanirrahim...

"Guru..16 mei hari mu.... 

Teringat masa hari guru di sekolah dulu..saya kena baca sajak di atas tu sempena hari guru... bila kenang2 kembali, malu juga saya..hehee....

Hari guru ni di pilih kenapa ye? jadi saya pun dengan perasaan ingin tahu... (x ada keje sebenarnya!) pergilah bertanya en.Wiki yang serba tahu tu...dan apa katanya??

"Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu."

hmmm..begitu rupanya...

Saya masih ingat lagi pelajaran sejarah berkenaan Penyata Razak tu...ehem..maklumlah sejarah dapat A..hikhik <-- siap bold lagi tuuu... :p

InsyaAllah, jika di tanya senarai guru2 saya dari sekolah tadika (walaupun hanya sempat sekolah 1 hari...hahaa) hingga lah tamat degree ni...saya akan ingat .. jadinya bila berjumpa di pasar malam ke hotel 5 bintang ke,  saya akan tegur laa...walaupun guru tu sendiri hampir x mengenali saya sebab dah besar panjang (sebenarnya anak2 murid guru kan beribu2, mana la nak ingat sorang2)... :)

Namun..banyak2 guru tersebut, sudah pasti lah saya akan ingat guru yang sorang ni... asbab usahanya, keluarga saya dapat hidayah untuk turut sama berada dalam usaha atas iman ni.. (paling suka keluar masthurat dengan ahlia nya... kuat ikram, senyuman pun x lekang)

Jazakallah Cikgu !!

Tapi...kadang2 tu saya suka melawan cikgu ni...  (biasa la tu..kata pelajar..hehee)

Teringat peristiwa di mana saya kena ketuk dengan pembaris besinya di belakang tapak tangan asbab tertinggal buku teks sejarah .. <-- saya bukan malas ye...sedangkan buku rujukan yang tebal tu pun saya rajin bawak tau!
yang saya panasss sebab itu lah kali pertama saya tertinggal dan terus di hukum....eeeeee!! 

Juga teringat cikgu tu dengan kerasnya menolak permintaan saya untuk tidak menerima jawatan sebagai pengerusi pengawas pusat sumber sekolah... bagi saya ketika itu, mungkin disebabkan 2 orang kakak saya pernah memegang jawatan tersebut..maka saya di pilih untuk mewarisinya..huhhu <-- bertapa kebudak2kannya saya.

Asbab peristiwa di atas..saya telah melancarkan perang saraf dengan cikgu tersebut...heheee (entah cikgu perasan entah x!) Maaf ye cikgu... maklumlah saya x cukup umur lagi time tuuu.... :)


Kalau nak di ceritakan satu persatu...memang banyak lah benda nakal yang saya buat walaupun saya di ketegorikan budak baekk di sekolah <-- ini bukan rekaan ye!

Di kesempatan ini... saya nak memohon maaf kepada semua guru2 yang mengajar saya secara formal atau pun x formal... halalkan segala ilmu yang di curahkan pada saya...dan minta di redhakan ilmu tersebut untuk saya di dunia dan akhirat kelak...

Emm..x lupa juga buat kedua kakak saya yang juga merupakan seorang guru.... kak Edah dan kak Ain, dan kedua adik saya yang bakal mejadi guru, Imah dan Diah... Selamat Hari Guru buat kalian semua... mesti kalian semua bersemangat kan time hari guru... boleh dapat hadiah banyak2..hohoo :p

Okey..di sini saya nak menyanyikan sebuah lagu untuk kalian semua yang bergelar guru, cikgu, teacher, prof, Dr. dan apa jua gelaranlah asalkan insan2 tersebut mencurahkan ilmunya yang bermanfaat kepada orang lain...

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

*Saya dah naik lancar lagu ni...huhuu...
.

8 comments:

  1. Asmkum sulu tahun 1960an belum ada hari guru, 16 Mei1972 baru dilancarkan Hari Guru yang pertama. Cara sambutan dahulu dan sekarang amatlah berbeza. Dulu time saya jadi murid kami akan beri hadiah pada guru dan menyediakan makanan untuk semua guru, kami muliakan guru dengan sunguh-sungguh, Tahun 80 an bila saya mula jadi guru hingga 90an tradisi tersebut masih diamalkan, tapi sekarang sudah berbeza, hari ini seorang pelajar pun tak ucapkan "Selamat hari guru" pada saya, termasuk guru lain juga bersungut perkara yang sama, hadiah apatah lagi memang tak adalah yang ada cuma nyanyi sahajalah. Mereka hanya pandai menyebut jasa guru sahaja tetapi disegi amalnya tidak menunjukkan rasa hormat pada guru. Ini salah siapa? salah saya lah kerana tidak didik mereka dengan baik, semuga Allah ampun dosa saya.

    ReplyDelete
  2. Sedihnye...takpe cikgu musa,saya ucapkan SELAMAT HARI GURU,SEMOGA ALLAH BALAS SEGALA JASA CIKGU..dulu masa saya sekolah dulu saya ingat lagi,punyela nak bagi hadiah kat cikgu.tapi takde ape nak bagi.masa tu saya darjah 3.saya pun beli gula2.50sen dapat 10 biji,kemudian saya isi dalam bekas kecil kemudian balut dgn plastik hamper..pastu saya suruh adik laki saya bagi kat cikgu sebab saya malu nak bagi sendiri.hehe..

    ReplyDelete
  3. Buat tuan musa..

    Waalaikumsalam wbt.. hmm..jika time saya, kami masih memuliakan guru2 kami. sebagai pelajar kami yang akan merancang untuk menyambut hari guru ini bagaimana..dengan persembahan, sukaneka, jamuan, hadiah2 dan sebagainye yang melibat.

    Dan Alhmadulillah.. sehingga sekarang tradisi itu masih di teruskan..

    InsyaAllah, sama2 doa..budak2 sekarang lain ckit kelakuannya tuan..uhuuuu

    ReplyDelete
  4. Buat Ammatullahita'ala

    hmmm sama la kita kak... umu pun macam tu.. bagi tisu harga 20 sen.. beli banyak2 dan balut satu2 (time sek rendah). kalau boleh semua cikgu kita nak bagi..hehee

    time sek menengah pula..suka bagi kad.. sebab setiap persatuan dan kelas mesti sediakan hadiah dan cenderahati.

    kenangan tu semua... tapi time sekarang, nak bagi hadiah kat lecturer nanti di fikir lain pulaaaa..huhuu

    ReplyDelete
  5. salam,laporan terbaru student UMT shahid di sabah ada di blog sy...

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam wbt tuan..
    Jazakallah infonye :)
    Minta di doakan arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang soleh dan amalannya di dunia di terima Allah swt..amin.

    ReplyDelete
  7. salam silaturrahmi, senang mengunjungimu sahabatku............

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam tuan... Jazakallah atas kunjungannya. Senang juga atas kunjungan tuan dari Indonesia :)

    ReplyDelete