Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, March 28, 2010

~ Zihin (i)

Bismillahirrahmanirrahim.....


Alhamdulillah... kali ini saya hendak berkongsi dan pada masa yang sama turut untuk mengingatkan diri saya sendiri akan hakikat iman... (ehem..sebenarnya saya telah di zihin oleh seseorang. moga Allah swt memberikan kebaikan yang banyak buat dirinya)

Teman-teman,
Untuk menurut dan taat akan perintah Allah swt, kita seharusnya sebelum itu perlu mengenal akan Allah swt terlebih dahulu..iaitu mengenal makrifattullah..(ilmu Tauhid).

Boleh saya katakan bahawa ilmu menjadi imam kepada ibadah. Manakala ilmu Tauhid pula menjadi penghulu segala ilmu kerana dari ilmu tauhid ini, kita dapat mengenal Tuhan yang Esa.

Sebagai contohnya, jika kita tidak mengenal Sultan Mizan, kita tidak tahu siapa baginda, kedudukan baginda @ apa2 sahaja mengenai baginda...sudah pasti dan pasti, segala titahnya akan kita cuaikan... betulkan?? Malahan, jika baginda mencemar duli sekalipun untuk datang ke kampung kita dan lalu di depan kita...pasti sahaja, dengan alasan tidak mengenal baginda, kita tidak memperdulikan akan kehadirannya...

Namun apa pula yang akan berlaku jika sekiranya kita mengenal baginda sebagai Yang di Pertuan Agong?
MasyaAllah.....pasti dan pasti perkara yang sebaliknya akan berlaku... Segala perkataan yang keluar dari mulut baginda akan di teliti dan di ambil berat, di catat malahan di ingat untuk di laksanakan. Maka apabila kita melaksanakan titah baginda....sekaligus kita akan berbangga kerana di gelar rakyat yang taat.

Iye, begitu lah juga kita boleh mengambil perumpamaan yang sedemikian itu di dalam mentaati titah dan perintah dari Yang Maha Memerintah.

Apabila kita mengenal Allah swt, maka dengan mudah hati kita akan ikhlas untuk menurut dan menunaikan perintahnya... Segala amalan ibadah menjadi ringan dan mudah buat kita. InsyaAllah.

Bagaimana kita hendak mengenal Allah swt? jawapannya mudah, segala apa yang ada di langit dan di bumi boleh menjelaskan kepada kita akan sifat Allah swt. Dari situ kita boleh mengenal dan sekaligus mengakui ke Esaan Nya.

Qudrat itu bermaksud kuasa. Allah Maha Berkuasa atas tiap sesuatu... Jika di lihat, matahari yang panas membakar itu, sentiasa sahaja kekal dengan sifatnya yang panas. Ini kerana sentiasa berlakunya proses pembakaran yang tiada henti. Menurut kajian sains oleh saintis, proses pembakaran memerlukan kehadiran oksigen untuk memastikan api dapat di hidupkan.

Namun hebatnya Allah swt, dengan kuasanya walaupun tiada oksigen di angkasa, namun matahari masih dapat meneruskan proses pembakarannya yang tiada henti sehingga sampai waktu kehancurannya. Wallahu a'alam.

Fenomena ini tentu sahaja menjadi kepelikan buat kita yang berpegang dengan kepercayaan, untuk berlakunya pembakaran memerlukan oksigen...namun bagi Allah swt, tiada apapun yang mustahil.....

bersambung.... 
.

5 comments:

  1. suka baca part matahari dan oksigen tu..

    ReplyDelete
  2. ...dan tibe2 sy teringat eksperimen di dlm makmal sains :)

    ReplyDelete
  3. ....dan Allah itu Maha Besar! :)

    ReplyDelete
  4. subhanaallah...
    hebatnya ALLAH...

    ReplyDelete