Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, March 21, 2010

~Manisnya IMAN....

Bimillahirrahmanirrahim....



hmm..entry kali ini cuma sekadar satu perkongsian yang membuatkan saya berfikir kembali akan kata2 saya @ nasihat2 saya kepada orang2 yang pernah mendengarnya dengan cara terpaksa mahupun dengan niat yang ikhlas...heheee

Ceritanya begini.....
Pada awal semester lepas...saya tiba2 menerima message dari nombor fon yang tidak di kenali..
message tersebut dari seorang budak perempuan (erk...budak ke kalau umurnya 15 tahun? hehee) dari Chini Pahang....

Setelah saling berbalas message beberapa kali.. baru lah saya sedar, bahawa dia adalah seorang kanak2 (dah bertukar kanak2 la pulak..hihiii) yang saya berikan motivasi di sekolah semasa menyertai program anak angkat di Felda Tasik Chini 3 tahun lepas (waktu saya masih bergelar pelajar diploma)...MasyaAllah, terharunya saya...ketika itu dia merupakan pelajar darjah 6 yang hendak mengambil UPSR....

Saya bertanya kembali.... kenapa setelah 3 tahun baru ingat nak menghubungi saya?---> hehee terharu je time tuu
Dia jawab....dia akn mengmbil PMR pada tahun ini (tahun lepas).. Dan kata2 saya kepadanya dan kawan2 kelasnya 3 tahun lepas ketika mereka hendak mengmbil UPSR, membuatkan dia begitu terkesan dan naik la jazbah dalam pelajaran walaupun... mereka merupakan budak2 kampung yang duduk terpencil dari bandar (saya pun budak kampung jugeee...hehee).

Di pendekkan cerita, asbab kata2 motivasi saya... dia telah bersungguh2 dalam belajar walaupun ketika itu tinggal beberapa bulan hendak menduduki UPSR....dan Alhmdulillah, dia mendapat keputusan yang baik yang dia sendiri tidak jangka hingga mendapat tempat di sekolah asrama di bandar ....(Alhamdulillah...Allah beri hikmah akan kata2 saya tika itu....)

Jadinya, tujuan dia menghubungi saya kembali...untuk mendapatkan kata2 motivasi sebelum menghadapi PMR pula...huhuu ---> saya pun terkelu

saya tanyakan padanya..apa kata2 saya yang membuatkan dia begitu terkesan dahulu
(sebabnya time tu..saya rase saya banyak merepek je dengan diorang..heheee)

Jawabnya pendek:
teringat kata2 akak....."ingat Allah selalu, InsyaAllah adik akan berjaya"

Secara jujurnya....saya sememangnya tidak ingat langsung bila dan di mana saya ucapkan kata2 tersebut...

Bila mengenangkan kembali...saat itu adalah saat yang menyeronokkan buat saya..... :)
Mana tidaknya, saya mendapat layanan yang sangat ramah serta mesra alam dari penduduk kampung...

Budak2 tu pula....habis je time sekolah diorng, mesti pergi cari saya di tempat2 aktiviti kemasyarakatan yang kami buat sepanjang program anak angkat tersebut...sepertinya mengecat dan membersihkan kawasan surau, balai raya, klinik, sekolah tadika dan kawasan sekeliling kampung...nak kata..mengekor je diorng time tu....

Sibuk2 membantu saya mengangkat sampah dan sanggup pula bagi pinjam basikal....(tapi siap minta upah aiskrim lagi tuuu)...punya la mereka gembira bila saya beri rm5, diorng semua belari sekeja je hilang dari pandangn mata...dalam mase beberapa minit kemudian, seorang berlari membawa satu beg plastik aiskrim ke arah saya di ikuti ramai budak2 di belakangnya...

Tahu ape yang diorang beli?? 50 batang aiskrim malaysia (yang berharga 10 sen satu)... Ya Allah...terharu betul saya...bayangkan sifat ikram mereka??

MasyaAllah...asbab fikir mereka...maka, ramai la yg menikmati aiskrim tersebut termasuk la peserta program yang lain....(di tambah lagi 10 batang percuma bila budak yang pergi beli tu pandai2 je kata kat mak cik tu, saya pelajar U yang datang dari luar suruh beli...) ---> gembira sungguh mak cik tu sebab saya sudi memborong aiskrimnya....hahaa

Time saya nak buat aktiviti berkayak di tasik pula... diorang boleh bertenggek di tepi tasik melihat saya dan bagi sokongan...hehee..itu lah first time saya berkayak, dan asbab x nak memalukan diri sndiri di depan budak2 tu...saya telah melakukannya dengan begitu bersungguh2..hehe ---> dan berjayaaaaa!!
(malahan diorang pula terlebih gembira dari saya..huhuuu).

Jazakallah semua si penyokong2 kecil (mesti semua sekarang dah besar2...huhuu) -->> adakah bermaksud saya sudah tuaaaa?? TIDAK!!

Walau apa pun..... Saya bersyukur, kerana menyertai program seumpama itu..
secara tidak langsung boleh beri khidmat kepada mereka2 yang memerlukan tenaga saya.

Bila di fikir2... pengorbanan saya ini bukan lah apa2 jika hendak di bandingkan dengan usaha para karkun..asbab fikir mereka yang sanggup berkorban masa, tenaga dan harta untuk agama, masuk ke kampung2 yang terpencil untuk sebarkan hidayah Allah, makanya mereka yang terpencil ini turut merasai kemanisan IMAN...

Sungguh hebat Allah swt :)
.

10 comments:

  1. Sebab itulah Allah dan rasulullah saw menyuruh kita bercakap yang benar selalu, iaitu mengenai Allah. Kita x tahu perkataan kita yg manakah, bila orang lain mendengarnya akan berkesan kepada hati mereka dan dapat merubah keseluruhan hidup mereka dalam mentaati Allah swt, jika ini terjadi Siapa yang untung?

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaykum warohmatullahi wabarokaatuh

    subhanallah...

    ingatlah Allah selalu... Insya Allah adik akan berjaya..

    insya Allah!

    ReplyDelete
  3. kepada tuan musa..

    Jazakallah atas ingatan tuan, saya pun baru sedar..entah sebelum2 ini berapa banyak pula perkataan2 saya yg telah merosakkan hati2 yang mendengarnya..
    Nauzubillah.. Semoga Allah swt mengampuni saya.. :(

    ReplyDelete
  4. kepada Ina..

    Waalaikumsalam wbt..
    Umu sendiri malu dan segan kerana x beramal dengan apa yg umu sendiri katakan Na... :(

    InsyaAllah...selepas ni azam!

    ReplyDelete
  5. insya Allah.. moga Allah mudahkan! amiin.. amiin ya Allah :)

    ReplyDelete
  6. aamiinnnnnn :)
    Jazakillah Na..

    ReplyDelete
  7. Ya! Ingat Allah dalam semua keadaan! Insyaallah adik akan berjaya

    ReplyDelete
  8. huhuu..nenek saje ye..buat umu lagi bersalah..! oleh kerana dh 2 org yg ulnginye...makanye umu kne juge beramal ape yg dh di sampaikn kembali pada umu..Jazakillah ye :)

    ReplyDelete
  9. gaya cm nak bangga diri jek...

    ReplyDelete
  10. hmm..moga di jauhkan Allah swt sifat yg demikian..
    doakan saya ye :)

    ReplyDelete