Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, February 2, 2010

Manzil – Ayat2 Quran pendinding diri!

Bismillahirrahmanirrahim.....

Kebiasaannya , sesiapa yang pernah tinggal di asrama dan kolej kediaman baik di sekolah mahupun di universiti sudah tentu biasa dengan gangguan2 dari makhluk halus (yang x berapa halus..hehee) terhadap pelajar2 terutamanya pelajar perempuan laaa..huhuu <--- musykil betul, kenapa la suke sangat dengan perempuan..agaknya kebanyakan makhluk tu jantan kutt...heheeee

Dengan izin Allah, malam semalam (tepatnya pada pukul 3.45 pagi) berlakunya gangguan tersebut di kolej kediaman saya iaitu ke atas roomate saya sendiri.....huhuuu Allah nak uji saya sekali la tu kuttt...

Alhamdulillah lah, ayat2 Quran di dalam Manzil sudah saya hafal semenjak cuti semester lepas. Jazakallah kepada seorang teman yang mengensyorkan saya untuk mengamalkan pembacaan Manzil ni...(katanya..kerana mamanya juga mengamalkan Manzil ni. Jazakallah ya sobat!)

Dengan izin Allah, berkat ayat2 tersebut juga doa2 yang di ajar oleh abah untuk saya amalkan, saya beroleh kekuatan untuk berhadapan dengan situasi di mana menyebabkan kegemparan seisi kolej kediaman yang mendengar jeritan roomate saya tu...(di mana semua orang mengunci bilik kerana ketakutan...x patut betul! huhuuu)


Oleh kerana sebilik 3 orang, maka saya berdua la dengan seorang lagi roomate cuba menangani perkara ini dengan setenang yang mungkin. Sememangnya nusrah dari Allah sahaja yang saya harapkan. Tidak mengharap pada makhluk. Apatah lagi apabila melihat roomate saya yang sorang ni mengeletar ketakutan melihat roomatenya menjerit2 sambil menangis.


Terpaksa la saya mengarahkannya duduk di katil saya sambil membaca Yasin. Takut pula saya kalau2 berjangkit2...selalunya kalau yang jenis lemah semagat ni, memang mudah la berjangkit. Lagi teruk la saya nak handle sekali 2 orang...(sebab saya pun bukan berani mana..heheee)



Dalam situasi semalam, memang saya x sempat pun nak solat 2 rakaat memandangkan roomate saya cuba mencederakan diri sendiri. Kena la saya bertindak pantas, memegang ubun2nya menggunakan tangan kanan dan mengurut2 badannya dengan tangan kiri, sambil memujuk mengajar dia beristifar ingatkan Allah dan secara serentak itu juga saya membaca ayat2 di dalam Manzil berulang2 kali...

Alhamdulillah, berkat ayat2 yang di baca dan sentuhan2 lembut....roomate saya dengan izin Allah dapat tenagkan diri <---- berpeluh juga la saya nak mengawalnya seorang diri..huhuuu

Okey, di sini saya nak kongsikan senarai ayat Quran yang terkandung di dalam Manzil... boleh lah teman2 semua amalkan....

1. Al-Fatihah
2. Al-Baqarah (ayat 1-5, 163, 255-257, 284-286)
3. Al-'Imran (ayat 18, 26-27)
4. Al-A'raf (ayat 54-56)
5. Al-Isra (ayat 110-111)
6. Al-Mu'minun (ayat 115-118)
7. Al-Saffat (ayat 1-11)
8. Ar-Rahman (ayat 33-40)
9. Al-Hashr (ayat 21-24)
10. Al-Jinn (ayat 1-4)
11. Al-Kafirun
12. Al-Ikhlas
13. Al-Falaq
14. An-Nas

Selesai saya menguruskannya, baru lah saya dapat solat sunat taubat, hajat dan tahajjud <---- agak2nya boleh tertinggal saya tahajjud ni memandangkan malamnya saya tido lewat (pukul 3 pagi) menghadap final year project (sibuk sangat dengan dunia niee..huhuuu)

Dan paginya...saya gagahkan juga diri ni pergi ke kelas.....tapi kelas seterusnya...ponteng lerr..hehee.. x larat dah nak buka mata memandangkan saya berjaga hingga ke subuh memastikan semuanya OK. Tapi yang x bestnye.....Kadaq tido saya asyik terganggu apabila orang atasan kolej, para jpk keselamatan dan kerohanian datang silih berganti hendak menyiasat dan bertanya soalan yang memang mampu memeningkan kepala saya untuk menjawab....huhuuu<----menganggu betul! time orang tengah menjerit2 x nak datang. Time orang nak tido baru nak bising2 (hehee...marah ni sebab tido saya di ganggu..hukhuk)

Hikmah dari kejadian tersebut, barulah saya dapat merasai manisnya perasaaan apabila yakin kita hanya semata2 kepada Allah swt. Keluarkan kekuasaan makhluk dari hati kita dan masukkan kekuasaan Allah swt di dalam hati kita.

Maka, apabila kita di uji, kita akan tahu..kebergantungan kita hanya sanya kepada Allah swt semata2..
Tuhan yang berkuasa pada sekelian alam....

4 comments:

  1. Amal manzil memang bagus! nenek pun suruh anak nenek amal manzil. kat tempat dia pun banyak jin suka menyebok. Buat dakwah taknak! sebok kacau orang!

    ReplyDelete
  2. Jazakallah pada abah yg bg Manzil tu pd saya. susah gak nak cari... rasenye sya nak bg kat kwn2, kena copy ler....

    aikk...jin yg nenek ckp tu mcm lain jer... minta la ank nenek tasykil jin2 tu wat dakwah..hehee...:D

    ReplyDelete
  3. Tempat anak nenek belajar tu memang penempatan jin.Kira kitalah yang kacau tempat dia.Tapi dah buat agreement.Kau jangan kacau kitaorang! kitaorang tak kacau korang.Tapi tu lah kadang kadang lupa janji.Dua dua belah pehak sama je!
    Dah jin tu kata jangan masuk sini,masuk!.Yang jin pula tak sabar sabar! silap sikit rasuk! silap sikit rasuk!.Masuk kat badan pompuan aje pula tu. gatal ke hape!
    Kalau kat KL senang dapat manzil. kat Sri Petaling.

    ReplyDelete
  4. hmm...nenek serius ke ni?? huhuu..kuatnye ank nenek g stdy sane...
    sekrng, histeria ni dh mula berjngkit2..dlm minggu ni je dh bape blok kolej kediaman yg kena..<-- memng semuanye perempuan ler yg kena.

    emm..nnt saya wat tempahan la kt sape2 yg g sri petaling. nak tnggu abah lambat. Manzil yg saya dpt dari abah pn, abah dpt time kuar d UK..huhu..jauh tu.

    ReplyDelete