Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, February 21, 2010

Aktiviti sepanjang cuti~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah sampai sudah saya di kampus nie...
seminggu bercuti menjadi asbab, seminggu penat saya x hilang2...hehe <----alasan x nak buka buku!
okey, saya nak cerita sedikit tentang ape yang berlaku sepanjang cuti mid sem saya ni... (cuti yang sangat memenatkan!)

Destinasi pertama ke Banting.......
dan berkelah di pantai Morib (sabtu)......apa yang berlaku??

Kami sampai di pantai time air surut ler.... sampai kan anak buah saya tanya .."cik mu, nape airnye x ada? orang tu tengah isi ye?" adoi...anak buah sape laa yang bijak sangat tanya soalan macam tu time cik mu nye kesedihan melihat air laut yang sangat jauh dari pantai....nasib...nasib...sobb..sobb

makanya....antara aktiviti yang hanya boleh kami buat selain mandi manda adalah......

main layang2


kutip siput dan cengkerang
































Mengejar dan menganggu anak2 ketam























Main pasir




















Lumba lari di tepi pantai,  dan makan2 (gambar x dpt di kongsi kerana amat tidak manis di pandang mata...hehee)

Hari berikutnya (ahad) kami ziarah kakak pula di serdang dan ini antara aktiviti kami...

Bersilat dan bermain bola air di pool




















hmm..gambar bermain bola air juga x dpt di kongsi..huhuu
dan hari seterusnya (isnin) kami ke Selayang dan berkelah pula di Ulu Yam (x tahu la nape keluarga saya sangat suke pergi berkelah..hehee)
Oleh kerana keseronokan main perang2 di dalam air dan makan2, maka...x ada satu pun gambar sempat di tangkap...hehee

Dan pada hari selasa kami bertolak ke Gemas..rumah saya ler..
(eh..singgah sekejap di Shah Alam..ambil laptop yang saya tinggalkan di bilik..hehee) <---dan ini lah first time abah sampai di U saya...patut x??

Makanya di situ lah tenaga saya banyak di habiskan seterusnya menjadi asbab saya tidak sihat sepanjang duduk di rumah..huhuu..sangat x suke (sabar umu..kifarah dosa tuuu)

Yang paling x tahan, abah mengambil kesempatan terhadap diri saya yang lemah ini untuk menyalin dan mengumpulkan ayat2 Quran yang boleh di jadikan penguat dan pendinding diri dari gangguan jin dan makhluk2 yg halus..huhuuu
(kata abah senang, boleh di fotostat dan di berikan kepada mereka2 yang datang nak berubat dengan abah berkenaan benda2 ni.....senang diorang nak amalkan)

InsyaAllah, entry seterusnya akan saya kongsikan ayat2 Quran tersebut ye...

Selain itu...saya juga sibuk menguruskan pokok2 bunga abah, walaupun abah dah upah orang untuk siram pokok2 bunganya sepanjang kami bercuti...tapi dengan kuasa Allah, masih juga ada bunga yang layu...maka agak berdukacita juga lah abah di buatnye..huhuu
Mungkin pokok bunga yang sangat2 banyak membuatkan orang yang di upah terlepas pandang kut..
dan hari saya nak balik ke Shah Alam, abah sempat tu membeli 4 pokok anggur untuk di tanam..

Kata abah...."abah tanam anggur ni untuk anak2 korang nanti" <---huhuu sangat2 terharu!!
Jazakallah abah :)


2 comments:

  1. salam..
    wawawahh..
    bestnye cuti2.
    bagus laa..walau apa pun, iman dan amal tetap perlu dijaga dan diusahakan walau apa jua keadaan

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt..
    a'ah..sgt best dan sgt PENAT!
    Jazakallah atas igtan tuan, insyaAllah ia sudah dan akan di ambil berat!

    ReplyDelete