Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 3, 2010

Si Kecil Yang Takutkan Neraka..

Bismillahirrahmanirrahim....

Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa...

ada seorang lelaki tua sedang berjalan-jalan di tepi sungai, sedang si lelaki tua itu berjalan-jalan dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.

Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun bertanya dengan kehairanan, "Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"

Maka berkata anak kecil itu,

"Wahai pakcik saya telah membaca ayat al-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi,

"Yaa ayyuhal ladziina aamanuu quu anfusakum"

yang bermaksud,

" Wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu."
"Saya menangis sebab saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu,

"Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm api neraka."

Berkata anak kecil itu,
"Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertama sekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulu kemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."

Berkata orang tua itu,
sambil menangis, "Sesungguh anak kecil ini lebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaan kami nanti?"

======================================================


---->> Peringatan ini tidak lain dan tidak bukan saya tujukan buat diri saya sendiri..
Kadangkala, kita sangka diri kita sudah cukup sempurna.
Dengan amalan yang entah di terima @ entah kelak akan di campak seperti kain buruk ke muka sendiri....kita sudah berbangga2 dengan apa yang kita peroleh dan lakukan.

Sedangkn kita lupa malah jauh sekali memikirkan bahawa segala pemberian yang bersifat sementara itu adalah nikmat yang di kurniakan oleh Allah swt supaya kita menjadi hambanya yang tahu bersyukur.

Kadangkala... oleh kerana sifat kesempurnaan yang kita miliki lebih dari orang lain, maka dengan hati yang riak kita memandang kecil orang2 yang berada di sekeliling kita.

Sebagai contohnya, seorang ustaz yang tidak mahu mendengar ilmu yang di sampaikan oleh orang yang tidak ada gelaran ustaz sepertinya.
Seorang daie tidak keruan hatinya apabila di tegur orang yang bukan ahli agama akan kesilapannya..
dan begitulah seterusnya...

Allah itu bersifat Basar..iaitu Maha Melihat. Apa yang ada di sebalik hati kita semuanya dalam penglihatan Allah. Hatta ia sekadar lintasan cuma...
sakit hati kita, pecah hati kita, geramnya hati kita....walau cuba di sembunyikan dengan senyuman, pasti dan pasti kita x kan terlepas dari Kunnuhu Basiran Allah swt...

Oleh itu, saya mencadangkan kepada diri saya sendiri agar banyak istifar.
Jadikan istifar itu sebagai nyanyian hati dan di zahir kan pula di bibir...
Dengan izin Allah swt...Amin Ya Rabb...!

No comments:

Post a Comment