Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Thursday, January 7, 2010

Sebarkanlah SaLam...

Bismillahirrahmanirrahim..


Hari ini, saya sibuk ke hulu dan ke hilir mengejar kelas dan menyusun jadual kuliah. Alhamdulillah, segala masalah yang timbul hampir selesai. Semuanya di permudahkan Allah swt.

Pulang dari Pusat Bahasa, saya dan seorang teman berjalan kaki sahaja ke kolej kediaman walaupaun agak jauh tapi jika sambil berjalan dan berbual…rasanya tidaklah terasa sangat…hehee..

Bercakap mengenai salam, ceritanya begini....

Dari jauh sebenarnya saya sudah melihat seorang tukang kebun bertopi sedang sibuk membersihkan rumput di bawah teriknya matahari.

dalam hati saya berbisik “rajinnya…”

kalau lah saya di tempatnya, sudah tentu saya akan memilih tempat yang redup… bawah pohon besar misalnya..huhu

semakin hampir saya dan teman berjalan melaluinya, semakin kerap pula saya perasan si tukang kebun itu melihat kearah saya di bawah topinya yang besar tu… pelik juga saya.

tanpa di sangka2, setelah saya begitu hampir dengan kawasan tempat dia bekerja, tiba2 dia bagun dan memberi salam dengan jelas dan sedap pula pada pendengaran saya..

“Assalamualaikum.”

Segera saya menoleh ke arahnya.. Subahanallah…. manisnya senyuman kakak ni.. walaupan wajahnya sedikit terselindung di sebalik topi tapi saya yakin bahawa dia seorang pekerja landskap dari Indonesia.

agak terkedu seketika…baru saya menjawab salamnya

“Waalaikumsalam warahmatullahi wabarakatuh” sambil berlalu pergi… meninggalkkan senyuman buatnya.

Alangkah malunya saya…..

Alangkah kecilnya saya….

bertapa dia, si tukang kebun itu tadi mengamalkan sunnah, mendahului ketika memberi salam..

secara jujur saya akui, tidak pernah selama saya menuntut ilmu di U ini, saya memberikan salam kepada pekerja pembersih landskap yang rata-rata semuanya dari Indonesia dan india. Setakat senyuman sahaja saya lemparkan ketika saya melalui jalan yang kebetulan sedang mereka bersihkan..huhu..

Hari ini Allah swt telah tarbiyah saya bahawa, untuk memberi salam.. tidak perlu melihat akan kedudukan dan siapa diri kita… ini kerana Allah tidak melihat rupa dan kedudukan kita tetapi melihat hati dan amalan kita….

oleh itu sahabat…Sebarkanlah salam kepada orang2 yang kita jumpa ye.. << ----- ingatkan diri sendiri sebenarnya..hehee.. kerana betul2 terkesan di hati dengan kejadian tersebut!

Alhamdulillah.....

2 comments:

  1. suatu ketika Saidina Ali telah datang kepada Rasulullah SAW untuk mengadukan akan suatu hal...Saidina Ali mengatakan bahawa Saidina Umar Al-khattab sahabatnya tidak pernah memulakan salam kepadanya...mendengarkan hal yang demikian,Rasulullah SAW memanggil Saidina Umar untuk bertanyakan hal yang sebenarnya...Saidina Umar dengan tenang berkata.."jika itu yang menjadi tanda tanya kepadmu wahai sahabatku..akan ku jelaskan...sesungguhnya aku terlalu kasihkan sahabatku iaitu Saidina Ali" maksudnya, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa bagi muslimin yang memulakan salam kepada muslimin yang lain,Allah swt pasti akan membinakan istana baginya di dalam syurga..oleh kerana kasih terhadap sahabatku, aku sentiasa inginkan Saidina Ali memulakan salam....

    Kepada sahabiahku....Assalamualaikum wbt.

    ReplyDelete
  2. Subahanallah...besarnya ganjaran memberi salam.. Jazakillah ye Nur utk tambahannya...

    ya sahabiahku Nur... Waalaikumsalam wbt. (beserta senyuman yg paling manis buat Nur) hehee.. :)

    ReplyDelete