Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 3, 2010

Malam pertama tanpa......

Bismillahirrahmanirrahim...

Malam ini (semalam) adalah malam pertama saya membaca Fazaile-Amal tanpa adik bradik yang lain.

Sepanjang sebulan lebih saya bercuti, setiap hari kami akan duduk dalam halaqah untuk mjlis taklim di rumah yang sememangnya sudah menjadi rutin wajib bagi kami adik beradik..Alhamdulillah.

Terasa sayu juga di hati ini ketika hendak memulakan bacaan, sorang2 je.....tidak ada lagi giliran dan tolak menolak antara kami ketika hendak membuat fadzilat majlis....huhu..sayu betul!

Semoga adik-adik saya yang masih tinggal di rumah, di istiqomahkan hati mereka oleh Allah swt untuk terus menghidupkan majlis taklim ini walaupun tanpa kehadiran kakak2 mereka. Amin...

(moga2 kakak2 nye di U pn istiqomah juge wat di tempat masing2 --->> kat diri sndiri gak ni...amin Ya Rabb!)

hmm....k, kat sini saya nak buat sedikit perkongsian. Oleh kerana hati saya begitu terkesan dengan sebuah doa yang saya jumpa dalam bab fadzhilat Quran, maka saya nak kongsikan terjemahannya dengan teman-teman yang lain....

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

“Ya Allah, kasihanilah daku agar daku meninggalkan maksiat selamanya daku hidup dan kasihanilah daku agar daku di pelihara dari perkara yang pura-pura (sia-sia) dan kurniakan daku dhan (sangka) yang baik di dalam apa-apa yang mendapat keredhaan Mu.

Ya Allah, Yang Maha mengadakan langit dan bumi, Pemilik Jalal (kehebatan) dan Ikram (kemuliaan) dan Pemilik Izzat (keagungan) yang tidak dapat di miliki sesiapa pun. Daku memohon dengan Nama Mu, Ya Allah Ya Rahman, dengan Jalal Mu dan Nur Wajah Mu, agar Engkau Lazim (tetapkan ) hatiku menghafal Kitab Mu sebagaimana yang Engkau telah ajarkan daku dan kurniakan daku bacaan seperti yang Engkau redhai.

Ya Allah, yang mengadakan langit dan bumi, Pemilik Jalal dan Ikram, dan Pemilik Izzat yang tidak dapat dimiliki oleh sesiapa pun. Daku memohon dengan Nama Mu, Ya Allah Ya Rahman, dengan Jalal Mu dan Nur Wajah Mu, agar Engkau cahayakan penglihatan ku dengan Nur Kitab Mu dan fasihkanlah lisan ku dengan bacaannya dan hilangkan lah keresahan qalbi (hati) ku dengan nya dan lapangkanlah sadri (dada) ku dengannya dan bersihkanlah badanku (dari dosa) dengannya (mengamalkannya).

Sesungguhnya tidak ada yang dapat menolong daku dalam kebenaran melainkan Engkau dan tidak ada yang dapat memberikan kebaikan melainkan Engkau. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”

InsyaAllah, saya azam untuk amalkan doa ni..... Bagaimana pula dengan teman-teman???

Minta doanya ye... :)

5 comments:

  1. Moga Allah istiqamahkan anda sehingga mati dan natijah amal kebaikan ke atas anda sehingga hari kiamat. Tiada lagi jalan trbaik untuk ummat akhir zaman.. Ini sahaja satunya jalan.. Wallahu'alam

    ReplyDelete
  2. Anak nenek pun macam tu gak tapi last sem roommate dah start duduk. Tapi this sem roommate orang baru. tak tau la macam mana

    ReplyDelete
  3. Riddy : saya aminkn doanya...amin Ya Rabb.

    Nenek tua : hehee..nenek pn ada ank dara ye? sya kne beljr ngn ank nenek ni cara nk tasykil roomate. sya pn stiap sem dpt 2 roomate baru. stakat ni sya gnekn pendekatan "kuat ikram" ngn diorng je...ble dh lembut hati mereka dgn izin Allah, senang la nk tasykil..hehee -->> petua abah.
    nenek ada petua tambahan x?

    ReplyDelete
  4. Dah betul lah tu! kena banyak ikram. bila ada peluang, masuk!

    ReplyDelete
  5. masuk jgn x msuk....hehee <<--- kuat main ni!

    ReplyDelete