Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, January 3, 2010

Luahan rasa...

Bismillahhirrahmanirrahim....

kekawan burung di langit biru,
meluncur laju di dada langit,
sedih sendu hamba berlagu pilu,
mengenang luka yang di tanggung perit.


bebunga kembang cantik di pandang,
warnanya indah menawan hati,
bicara telus kerana sayang,
namun daya hamba menahan separuh mati.
 
tetenang lembut bertiupnya si bayu,
membawa lelayang menari megah,
kepada Allah tempat hamba mengadu,
mohon di kuatkn semangat yang mudah lemah.

indah sungguh kelopak si teratai,
menjadi hiasan di dalam gelas,
dosa hamba bagai pepasir di pantai,
kepadaMu Ya Allah hamba memohon belas....

2 comments:

  1. Kuala kiri indah tepian kedesaan
    terang kali sinaran nan indah
    dunia ini tempat ujian dan godaan
    tanggani dengan Quran dan sunnah

    ReplyDelete
  2. kerana takdir hamba berserah,
    ujian Allah penguji iman,
    nenek tua datang ziarah,
    tinggalkan peringatan di tengah laman.

    puasa sunat jadikan amalan,
    jadi asbab jaga kesihatan,
    Jazakillah hamba ucapkan,
    InsyaAllah nasihat nenek dalam ingatan.

    ReplyDelete