Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, November 14, 2010

-Walimah Umu & Ishak-

Bismillahirrahmanirrahim...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani

Ya Allah.. Yang Maha Mengasihani,
Kami pinta dengan kerendahan hati,
Agar Engkau mengurniakan kepada pasangan pengantin ini,
Dengan semangat perjuangan dan pengorbanan
Rasulullah s.a.w dan Khadijah al-Kubra..
Kurniakanlah air mata kasih Ali Karamallahu Wajhah dan
Fatimah Az-Zahrah kepada kedua mempelai ini,

Titipkan keberkatan dalam pernikahan mereka,
Seperti keberkatan pernikahan Abu Thalhah dan Ummu Sulaim,
Tiupkan semangat jihad Amar Bin Jamuh dan
Isterinya kepada mereka.
Pasakkan semangat membantu agama Abu Ayyub al Ansari dan
Ummu Ayyub al Ansariah kepada keduanya..
Tiupkan ruh kehidupan sahabat dan sahabiah
Pada kehidupan dan keluarga yang mereka bina ini.

Ya Allah..
Andai semua itu terlalu besar bagi kami,
Maka cukuplah permohonan kami agar redha-Mu
Bersama kedua pasangan pengantin ini…

Jadikanlah pasangan pengantin baru ini,
Sebagai suami isteri yang saling mencintai,
Saling menjaga kehormatan,
Saling menghibur di kala duka,
Saling mengingatkan di kala bahagia,
Saling mendoakan dalam kebaikan dan ketaqwaan,
Saling menyempurnakan di dalam ibadat,
Saling merindui syahid di jalan-Mu..

Ya Allah…
Limpahkanlah kebahagiaan
Kepada pasangan pengantin baru ini,
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Amin Ya Rabbal Alamin..


Allahuakhbar, bertapa terharunya hati ini hanya Allah swt sahaja yang tahu apabila merasakan diri ini di sayangi dari kejauhan. Walau tidak pernah bersua muka dan hanya alam maya sahaja pengikat ukhuwah serta asbab usaha agama lah, kasih sayang ini dengan izin Allah tersimpul indah.. <-- intro..hehee

Jazakumullahu khairan jazak buat rakan-rakan di blog yang menitipkan doa-doa kalian yang sungguh berharga buat umu dan bakal suami, Muhammad Ishak B. Zaini. (oh..teka teki yang sudah pun terjawab..hihii)


Rasulullah saw bersabda :
jika seorang muslim mendoakan saudara muslimnya maka malaikat berkata :
“amin dan bagimu pula kemuliaan sebagaimana doa yg kau doakan untuk saudaramu”.

riwayat Shahih Muslim


Semoga Allah swt memberikan kebaikan yang banyak pula buat kalian semua.. :)

emm...juga, tidak di lupakan kepada rakan-rakan blog yang sudi membuatkan entry khas buat umu dan bakal suami di blog kalian. Terharunya umu atas penghargaan, ucapan, doa juga nasihat di dalam tulisan2 yang di susun indah.. Antaranya yang dapat umu jejak..


Kalau lah kalian boleh melihat apa yang berada di hati umu ketika umu menatap blog kalian, sudah pasti kalian akan melihat bunga2 kasih sayang dan cinta umu yang penuh mekar untuk kalian. Sungguh!

Jazakumullah ye :)

Owh dan juga...kepada rakan-rakan seusaha yang awal-awal menyatakan tidak dapat hadir ke walimah kami nanti kerana menyambut takaza, umu dan bakal suami mohon di selitkan nama kami berdua ye semasa keluar di jalan Allah nanti..ehem, doakan umu juga dapat sambut takaza secepat mungkin selepas bernikah kelak..--> wahh, kedengaran bagai x sabar nak belajar usaha masthurat je..hehee

Umu minta maaf ye tidak dapat lagi menjemput rakan-rakan secara rasmi melalui kad jemputan kerana asbab kesibukan umu (perasan sibuk jee) serta beberapa perkara yang keputusan mesyuaratnya masih belum di capai, makanya kad x siap design lagi..huhuu --> akibat buat kerja saat-saat akhir..

InsyaAllah semoga Allah permudahkan urusan undang mengundang dan di harapkan ia berjalan lancar kelak..

Assalamualaikum wbt

Dengan berbesar hati dan penuh rasa kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t,
Di sini, umu mewakili abah tersayang, En. Mohd Nor b. Haron dan ahlia, menjemput tuan-tuan/rakan-rakan/kenalan yang dikasihi untuk hadir ke majlis walimah puteri-puteri kami serta pasangan mereka,

Umu Anisah bt Mohd Nor & Muhammad Ishak b. Zaini
Hurul Ain bt Mohd Nor & Norli Shariman b. Alwi
Siti Walidah bt Mohd Nor & Muaz b. Hassan

pada 18 Disember 2010
Gemas n.9

Semoga kehadiran tuan-tuan akan menyeri dan menambahkan lagi keberkatan majlis kami.


* InsyaAllah, dah siap kadnya nanti....umu masukkan dalam blog ye..hehee.


Minta doanye ye :)


***************
~edited~

Alhamdulillah..siap dah kad jemputan walimahnya :)
Jazakillah pada fatimah (akak), iaitu adik kepada bakal suami yang sabar mendesign kad jemputan walimah di pihak sebelah perempuan.
kak umu sangat suka..hehee

Di jemput hadir ye ke majlis walimah umu dan 2 orang kakak iaitu kak edah dan kak ain :) 



 

Jazakumullah atas doa semua :)
.

Saturday, October 30, 2010

Ayat cinta seorang dai'e..

Bismillahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, mungkin ini entry terakhir saya ketika saya masih lagi bergelar "anak abah" sebelum bertukar status kepada "ahlia orang"..huhuu. Beza yang saya dapat lihat kat sini...insyaAllah pahala amalan akan di gandakan..hehee --> tu pun kalau jaga amal!!

Dan.. apabila tarikh perpisahan sudah semakin hampir..makanya putaran kenangan silam sejak saya di lahirkan, membesar, bersekolah pelbagai peringkat, memasuki alam kampus dan kehidupan sesudah itu semakin kerap datang berulang lagi dan lagi....dan lagiii..... sayuu betul.

Kiranya dapat saya putarkan masa, sudah tentu saya ingin kembali kepada jangka waktu umur 5 tahun dan ke bawah iaitu ketika arwah ibu masih hidup.. (al-fatihah)... -sungguh....memori yang terindah-

makanya nikmat untuk berkhidmat kepada ibu telah Allah tarik awal-awal lagi... namun Allah masih memberi satu lagi peluang pada saya untuk memberikan khidmat buat abah sebelum saya terbang jauh meninggalkan family... Sungguh..Allah itu Maha Rahman dan Maha Rahim..

Jadinya...ucapan buat abah....
"bah, nantikan kepulangan umu yee...siap sedia untuk berkhidmat! lalalaa" --> gaya macam x sabar nak kena basuh jerr..hehee. X kisah lah... selepas dari ini dah susah nak dengar 'bayan' abah ketika bersarapan, bersantai, berkebun, menguruskan halaman, menonton tv, dalam kereta dan mana-mana yang sempat la abah rasa nak zihin di zihinnya tanpa bertangguh..kikikiii. Abah jangan risau....kali ini umu akan cuba menumpukan 110% perhatian pada setiap butir bicara abah yee... janji!! InsyaAllah ~ ~

owh iye... oleh kerana tajuk entry berbunyi "ayat cinta seorang dai'e".. makanya di sini saya ingin berkongsi sesuatu dengan bakal-bakal ahlia dan juga kepada yang sudah pun menjadi ahlia kepada seorang dai'e illallah....

Semoga ada manfaat.....


***********************************************


Sayangku.....
Ketahuilah bahawa.. abang juga menahan kerinduan...
Di kala kaki ini melangkah khuruj fisabilillah...

Bukannya abang tidak tahu sayang sedang kesepian.. Abang memahami perasaanmu sayang. Di saat abang meninggalkan sayang menuju ke jalan Allah, rintihan kesakitan sayaang suarakan. Namun abang adukan kegelisahan hati abang terhadap sayang pada yang Maha Kuasa.

Sayang, abang cintakan sayang sepenuh hati abang.

Namun, ada waktunya abang perlu kehadapankan cinta Allah, Rasul dan jihad di jalanNya melebihi segalanya. Abang ada tanggungjawab untuk ummat juga. Mereka dan keluarga mereka juga berhajatkan kebahagiaan dunia dan akhirat seperti yang kita dambakan. Mereka juga dahagakan hidayat.

Sayang, abang tahu berat yang sayang rasa. Tapi yakinlah Allah tidak akan sia-siakan kerinduan yang sayang tanggung. Pengorbanan perasaan adalah sumbu bagi pelita hidayat yang amat terang. 

Sayang, bagaimana agaknya hati-hati sahabiah r.ha yang suaminya berbulan-bulan tidak balik. Bagaimana kuatnya hati-hati sahabiah r.ha yang suaminya bertahun-tahun keluar di jalan Allah. Dan apa pula perasaan yang di tanggung isteri Zaid r.hu, Ja'afar r.hu  dan Ibn Rawahah r.hu tatkala menerima perkhabaran dari medan Muktah. Bagaimana kehidupan para sahabiah yang suaminya selalu berjauhan demi hidayat untuk kita. Bagaimana penghulu wanita syurga, Fatimah Az-Zahra membesarkan cucu-cucu kesayangan Baginda SAW tanpa ada suami kesayangan di sisi. 

Sayang, abang ingin sayang di bangkitkan bersama mereka. Untuk itu, abang kena rela meninggalkan sayang untuk seketika. Abang tahu air mata sayang sangat mahal harganya. Namun abang rela melihat air mata sayang tumpah di dunia ini kerana agama kerana abang tidak sanggup melihat air mata sayang menanggung penyesalan di akhirat kelak.

Sayang mesti hidup dan mati dengan penuh kemuliaan. 

Percayalah, deritanya tidak lama kerana akhirnya akan di bayar dengan kebahagiaan. Kita meneguk hidayat adalah dari asbab pengorbanan para sahabat r.hu. Kita juga  mesti sediakan  agama yang subur kepada anak cucu kita. Sayang, kita adalah golongan yang telah Allah muliakan dengan Islam. Jika kita mencari cara lain selain Islam, kita pasti di hina. 

Sayang, abang mahu tatang sayang seperti menatang minyak yang penuh.
 
Sayang adalah segala-galanya bagi abang. Sayang adalah pendamping abang di kala waktu susah dan senang. Juga sayang adalah teman kesayangan abang di medan pengorbanan ini. Bila sayang rindukan abang, kirimkan saja untaian doa-doa berharga dengan hati yang penuh pengharapan pada Allah untuk abang. Kerana itu lebih bernilai dari segalanya.

Sayangku...
Sayang perlu belajar untuk menjadi seorang karkunah yang penyabar kerana dengan itu membuatkan abang  rasa berbangga dengan sayang. Hilangkan kesedihanmu kerana sayang juga perlu tahu bahawa abang juga sangat rindu dan mencintaimu...."


**********************************************


Ya Allah, kiranya aku ini tidak dapat membantu perjuangan suamiku... maka janganlah pula kiranya aku ini membantutkan langkah perjuangan nya di jalan Mu.
Ya Allah, pelihara lah zuriat keturunan kami dalam agama Mu..




~ "dia yang memetik bunga pada musim bunga...mengadu tentang ketidak cukupan tangan" ~
Allahuakhbar..
.

Thursday, October 21, 2010

Minggu - minggu yang di lalui.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Lebih kurang 2 minggu lepas, hampir kesemua ahli family saya berkumpul di rumah kakak bagi mengadakan sidang mesyuarat di mana satu majlis besar yang dengan izin Allah akan diadakan pada akhir dan awal tahun depan di rumah kami...


 emmm..mesyuarat tu dok ler seperti ini..huhuu


Alhamdulillah..segalanya berjalan dengan tenang (setenang air di kali..hihii)..Dan keputusan mesyuarat yang telah di capai, di harapkan mendapat redha Allah swt.. aminn.

Maka..kesan dari keputusan tersebut... saya telah di kerah untuk menghadiri satu kursus yang di namakan "kursus kekeluargaan" <-- saya pepandai g ubah namanya..hahaa.. pada minggu lepas di Putrajaya... Alhamdulillah.

Jazakallahu khairan jazak kepada *En.Tunang kerana telah berusaha memantau, memberi dorongan dan seterusnya memastikan saya menghadiri kursus tersebut dengan jayanya iaitu seawal ia di rencana sehinggalah ke akhir program...(walaupun pemantauan di lakukan dari jauh di seberang laut sana)..huhuu <-- sesungguhnya menghadiri kursus yang sedemikian rupa, merupakan satu penyiksaan bagi kanak-kanak seperti saya!!

*InsyaAllah akan menjadi satu-satunya nakhoda yang di lantik oleh abah di dalam mengemudi pelayaran hidup saya  selepas ini dalam masa beberapa bulan lagi.....minta doa dari kalian semua ye.. :)

Juga tidak lupa kepada seluruh ahli family kakak di Banting dan Serdang yang mengikram saya selama 2 hari saya menghadiri kursus tersebut (semoga saya dapat belajar sifat ikram yang tinggi dari kalian).. Jazakumullah.. semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan kebaikan yang banyak pula..

Owh...dan juga.....
Jazakillah kepada adik bongsu dan anak semut sulung saya yang telah meningkatkan jazbah saya terhadap penggunaan teknologi terkini ini iaitu internet melalui pendedahan penggunaan utube semaksima mungkin...hahaa... sungguh x senonoh kalian mengajar yang tidak2 pada orang yang lebih berusia.. :p

Hasilnya... sejak beberapa hari kebelakangan ini... masa rehat saya banyak juga saya peruntukan  untuk meng'explore' video2 di utube...hihiii

Makanya di dalam pengembaraan saya melompat dari satu video ke satu video, saya dengan izin Allah, terjumpa dan tertarik dengan alunan zikir dan doa dari para pelajar madrasah Al-Junied Islamiah Singapura ni..

Di antaranya bacaan doa taubat di dalam video ini... Doa Taubat .. hmm..sampai penat saya mengikut alunan doanya berulang kali tetapi hampa...alunan saya tetap x semerdu alunan zikir mereka...heheee... ;p

X ape..nanti kalau saya sudah punya anak akan saya hantar ke madrasah tersebut untuk belajar..hahaa <-- umu sedang merepek!
(x ada lah..cuma sedang menyahut seruan abah untuk melihat cucu-cucunya @ dengan kata lain bakal anak2 saya dan anak2 semut saya di hantar ke madrasah seterusnya menjadi hafiz hafizah dan alim alimah...aminnn)

**Sebenarnya ia harapan saya juga....dan semoga ia menjadi harapan bakal abah kepada anak2 saya kelak...aminn.. :)


 Doa Taubat

Astaghfirollah rabbal baraiya
Astaghfirollah minal khataiya
Astaghfirollah rabbal baraiya
Astaghfirollah minal khataiya

Rabbi ziddini ilman nafiah
Wawa fikli amalan makbula
wahablli rizko wasi a
Watub alaina taubatan nasuha


di mana maksudnya....

Ampunilah hamba Ya Allah, Maha penerima taubat
Ampunilah hamba Ya Allah, daripada segala dosa
Ampunilah hamba Ya Allah, Maha penerima taubat
Ampunilah hamba Ya Allah, daripada segala dosa

Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna
Berikanlah aku amalan yang di maqbulkan
Kurnikanlah aku rezeqi yang luas
Perkenankanlah taubatku dengan taubat nasuha


 owh iye....juga saya sukakan alunan zikir yang ini.... Ya Rabbi Bil Mustafa.


Makanya saya seru..kepada diri saya sendiri khasnya agar zikir2 yang seperti ini di jadikan nyanyian di bibir kita....  Mungkin tanpa kita sedar, ada anak-anak kecil di sekeliling kita yang mendengar dan secara tidak langsung, zikir2 tersebut turut lancar di bibir2 mungil mereka selain dari lagu2 twinkle twinkle little star...ho ho ho.. :p
.

Thursday, October 14, 2010

Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (ii)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah.... melihat tajuk di atas, sudah tentu pembaca dapat mengagak ada siri 1nye kan? Jika x mahu ketinggalan, boleh membacanya di sini..Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (i)

Oleh kerana saya sudah berjanji dahulu jika saya masih berada di dalam "mood" yang sama maka saya akan menyambung kembali mengcopy paste apa yang tercatat di dalam kitab kimiya Assaadah karangan Imam Al Ghazali...

Alhamdulillah, makanya sekarang, saya menunaikan janji..hehee :)

Ini juga salah satu ikram saya terhadap adinda mardhiah yang begitu berminat sekali mengikuti tajuk ini walaupun bagi saya masa untuk dia di dalam bab2 perkahwinan masih jauuuhhhh...hihihiii.. sabar ye dinda :p


Kimiya AsSa'adah
(Kimia kebahagiaan)

Oleh : Imam AlGhazali




Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama (ii)

Selanjutnya, baiknya beristeri itu ialah ada orang yang akan menjalankan urusan rumah tangga, seperti memasak, membasuh, menyapu rumah dan lain-lain.

Jika lelaki sibuk dengan kerja-kerja itu, maka tidaklah cukup masa menuntut ilmu; menjalankan peniagaan, atau beribadah dengan sewajarnya. 
Kerana itulah Abu Sulaiman berkata,

"Isteri yang baik itu bukan saja satu berkat di dunia ini tetapi juga di akhirat, kerana isteri itu membuat fikiran lebih rehat dan tenang dan dalam keadaan itu dapat memikirkan hari akhirat."


Satu dari kata-kata Omar ialah;
"Selepas imam, tidak ada kebaikan yang melebihi isteri yang baik."


Berkahwin atau beristeri itu ada baiknya iaitu bersikap sabar dengan sifat-sifat perempuan, menyediakan keperluan-keperluan yang dikehendaki oleh isteri, dan membawa mereka ke jalan ugama, adalah bahagian-bahagian yang paling penting dalam ugama Islam.


Nabi pernah bersabda, 
"Memberi kepada isteri itu wang yang diperluinya adalah lebih penting dari memberi sedekah". 


*****


Suatu ketika, apabila Ibni Mubarak sedang menjalankan kempen peperangan dengan orang-orang kafir, seseorang daripada sahabatnya bertanya kepada beliau,

 "Adakah kerja yang lebih mulia dari perang sabir Allah?" 
jawab Ibni Mubarik, 
"Ya ada, iaitu memberi makanan dan pakaiann kepada isteri dan anak-anak sewajarnya." 


Seorang Wali Allah bernama Basyar Hafi berkata, 
"Ada lebih baik seorang itu bekerja untuk isteri dan anaknya, tidak hanya untuk dirinya sahaja." 


*****


Dalam satu Hadis ada dinyatakan setengah daripada dosa-dosa itu boleh dihapuskan oleh susah payah menyelenggarakan keluarga sendiri.

Diceritakan bahawa seorang Wali Allah telah kematian isteri. Beliau tidak mahu kahwin lagi walaupun orang menyuruhnya berbuat demikian. Kata beliau dia lebih mudah menumpukan fikiran nya jika keseorangan.

Satu malam beliau melihat dalam mimpi pintu syurga terbuka dan banyak malaikat turun. Mereka datang hampir dan melihat kepadanya.

Seorang mereka berkata, inikah dia orang yang mementingkan diri sendiri saja itu?" 
Kawannya menjawab,

"Ya inilah dia". 

Wali Allah itu takut hendak bertanya siapakah mereka yang dimaksudkan mereka itu. Kemudian seorang kanak-kanak lalu berhampiran dengannya. Wali Allah itu bertanya siapakah yang mereka maksudkan itu. Kanak-kanak itu menjawab,

"Engkaulah yang mereka maksudkan itu"
"Adalah hanya seminggu dulu amalan baikmu telah dirakamkan di Syurga bersama-sama dengan auliya Allah lain, tetapi sekarang nama engkau telah dipotong dari senarai nama-nama itu." 
 
Wali Allah itu bergoncang fikirannya. Apabila terjaga beliau pun bersedia berkahwin semula. 
 
Dari segala tersebut di atas itu, maka nampaklah betapa kahwin atau beristeri itu amatlah diperlukan. Buruk dan Kurang Baiknya Berkahwin.


==============================


Alhamdulillah.... sengaja saya berkongsi sedikit demi sedikit kandungan kitab ini agar mereka2 yang membaca (itu pun jika ada yang nak baca..huhuu) tidak keboringan @ dengan kata lain keletihan mata nak membaca setiap entry copy paste saya..hehee

InsyaAllah...lepas dari ini akan ada sambungan entry berkenaan tajuk ini yang ke iii, iv,v dan seterusnya mengikut kesukaan hati saya nak membahagikannya kepada berapa bahagian..hihii..

Kepada yang suka dengan entry ini...harap2 bersabar yee... x lari gunung di kejar! --> erkk..ada kena mengena ke?? hmmmm... :p
.

Friday, October 8, 2010

Sallou.... jadi asbab keriangan :)

Bismillahirrahmanirrahim.....

Allahuakhbar, entah mengapa saya suka nak berkongsi lagu di dalam blog saya ni..hehee <-- sebenarnya kongsi lirik dan jika ada yang rajin nak search lagu ni..iye, silakan :)

Lagu kali ni dari Sami Yusof berjudul Sallou. 

Mengapa saya suka?

>> Kerana dengan izin Allah..lagu ni mampu membawa keriangan kepada saya dan anak2 semut apabila mendengarnya lalu mampu mengukir gerak tari yang hanya kami sahaja faham maknanya..hahaa. Mementang lagu ni berentak rancak...dan buat masa sekarang, lagu ini di beri penghormatan menjadi ringing tone untuk handphone saya... :)

Jazakallah kepada seorang teman yang memperkenalkan lagu ni kepada saya sejak setahun yang lepas. Rasa saya, x pernah lagi dengar lagu ini di mainkan di mana2 radio (jarang sangat2 dengar radiooo...pepandai je kata x ada..hahaa)

Jujurnya...jika hati sedang di sakiti dan air mata bergenang membentuk aliran di pipi...maka, lagu ini di dengar sebagai penghibur hati lalu ukiran senyuman terbentuk membiarkan masalah yang menghimpit berlalu pergi....huhuu (sila jangan contohi perlakuan ini!)

Okey...silakan menikmati lagu ini seperti mana saya menikmatinya....waahhh ayat x tahan :p


Shatamuh, shatamuh
Shatamuhu lamma jahiluh
Tabi’uhu lamma ‘arafuhu
Maa aghlaah, a’laah
(They insulted him when they didn’t know him
They became his followers when they truly knew him
How precious and how lofty is he)

Shatamuh, shatamuh
Shatamuhu lamma jahiluh
Tabi’uhu lamma ‘arafu hudah
(They insulted him when they didn’t know him
They became his followers when they knew his guidance)

Shadowless in my dreams
I search for you near and far
Cos your the one I want to see
Face to face with me

You make me spin and whirl
Like the tip of your curl
Only so to fall
By your side

Make me want to risk it all
Everything of my world
Only to stand tall
By your side

Looking at the moon bright
I escape into the desert night
Seeing you insight
For a while

Time becomes like a breeze
Underneath the palm tree
Hand in hand you and me
With your smile
Smile, smile, smile

Shatamuh, shatamuh
Shatamuhu lamma jahiluh
Tabi’uhu lamma ‘arafuhu maa
(They insulted him when they didn’t know him
They became his followers when they truly knew him, how)

Shatamuh, shatamuh
Shatamuhu lamma jahiluh
Tabi’uhu lamma ‘arafu hudah
(They insulted him when they didn’t know him
They became his followers when they knew his guidance)

(Turkish)
Sen benim nazli yarimsin
Sen benim gozbebegimsin
Sana gonulden baglanmisim ben
Sen en sevdigim sevdicegimsin
Ben seni bir gul gibi koklar’m
Ask’nla tutusur ask’nla yanarim
Hep seni arar seni sorarim
Sana varmak icin hayal kurar’m
(You, my delicate Beloved
You, the apple of my eye
Tied to you, at the heart
You are my deepest love, my Beloved
Inhaling your scent, just like smelling a rose
Burning inside, with the fire of your love
I always look for, and ask of you
Always dream of reaching you)

(Urdu)
Tera tasawur mera he sakoon hai
Tera nam leana mera hai janoon
Woh metee batein teree hee soonoo mein
Duniyah boora maa ne tho mein kya karoo
(The very mention of you. Becomes my tranquility
To take your name, it becomes my sanity
Those sweet conversation of yours I would listen too
If the world deems them offensive. What do I care)

I need you in my life, like the air with which I breathe
So let them say what they want to say
It’s the same game they always play
Your love means more to me than they
It makes no difference either way
Let them say what they want to say
It makes no difference either way
Your love means more to me than they

It’s a game, it’s a game, it’s a game
It’s a game they’re always going to
Play, play, play, play, play


*Antara sebab lain lagu ini sangat di sukai kerana banyak bahasa di gunakan....  Tahniah la kerana berjaya mencuri hati saya...walaupun masa first time dengar berkerut2 juga dahi ...ho ho ho :)
.

Sunday, September 26, 2010

Hari-hari yang di Raya kan... :)

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. dapat juga mengupdate blog setelah sekian lama mencari ruang masa untuk berbuat demikian. Makanya pada pukul 0132 am.. entry ini mula di karang..huhuuu <--- sesuai sungguh jika di gunakan masa2 sebegini untuk bertahjud..uhuk..uhukkk..

Sebelum saya mula berkalkuzari berkenaan program sepanjang syawal saya bersama keluarga.. adalah lebih manis kiranya saya mulakan dengan ucapan selamat.. :)


comei sungguh!

Walaupun sekarang kita sudah masuk syawal yang ke 16, dan rata2 sebahagian kita (tidak termasuk saya..huhuu) sudah berjaya menunaikan puasa 6...namun masih tidak terlambat buat saya menghulurkan kata-kata maaf kiranya sepanjang saya berblog, ada penulisan2 saya juga gurauan saya yang tidak menyenag kan hati serta menguris2 hati sanubari anda... mohon di maafkan khilaf yang ada ye... :)

(Perasan pula banyak wat salah....minta di maafkanlah insan yang bernama umu anisah ni yeee)

 
**********


Kebiasaannya... jika di negeri sembilan...sehari sebelum raya, kami menyebutnya "mantai raya". Makanya, jika di lihat di kampung saya...time mantai tu... sangat sibuk lah penduduk kampung ke hulu ke hilir sedaya upaya mencari kelengkapan untuk beraya. Pada kebiasaannya bab makanan lerr... mana nak cri ayam dan itik untuk di sembelih, buluh wat lemang, kelapa utk rendang, kayu api untuk memasak serta 1001 rempah ratus lain yang di perlukan untuk penyediaan berbagai juadah di pagi raya.. <--- memang memenatkan!!

Itu tidak lagi termasuk agenda mengecat rumah di saat2 akhir, menukar langsir dan tirai, membersihkan halaman dan 1001 aktiviti yang tiba2 wujud dan sengaja di wujudkan sekali dalam setahun... <--- sesungguhnya ia satu penyiksaan yang cukup terancang...!hahaa..
 

**********
 

Alhamdulillah, sambutan raya bagi keluarga saya bertambah2 meriah apabila kami mengadakan 2 majlis pertunangan dan 1 merisik pada syawal ke 5 dan ke 9 (waahh..memang kepenatan la abah saya..huhuu.eh x , kami selaku askar2nya pun penat gak sebab tenaga kena kerah siang dan malam..heheee). Tahniah kepada mereka2 yang di tunangkan dan juga yang dirisik...heheee. Semoga ikatan yang di bina mendapat redha Allah swt dan seterusnya di permudahkan untuk hari akadnya nanti. amin..
 
 
 -Hadiah untuk insan yang mulia dalam menjelaskan Hukum Darah Wanita-

secara kebetulan, 3 orang yang diraikan telah mendapat hadiah kitab di atas dari bakal pasangan masing2..hehee

Wahai wanita solehah..
Jangan di risau akan jodoh mu 
kerana muslimin yang bijaksana 
tidak akan hanya terpaut pada kecantikan, 
lirikan senyuman, pada bicara manja yang menggoda, 
atau pada pujuk rayu seorang wanita yang meruntuhkan imannya. 
Telah tercatat seungkap nama lelaki di luh mahfuz untukmu. 
Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu, 
jika kau tetap di atas jalan yang di redhai, 
insyaAllah si dia turut di atas jalan yang sama...

* yang atas tu bukan kata2 saya..entah sapa punya kata2..saya pinjam ajee...huhuu


**********
 
 
 
hmm...okey, dah tahu antara fadhilat puasa 6 kan? jadi jom bersama2 saya menghabiskan puasa 6 ini dengan jayanya.... huhuu. Kalau yang baru pulang ke bandar @ rumah sendiri, pasti sibuk berkunjung menziarahi jiran tetangga dan memenuhi undangan rumah terbuka sampai x sempat2 nak berpuasa 6 kan? jadi saya syorkan (setelah melihat pengalaman sendiri hingga ke syawal 17)... elok kita penuhi jemputan tersebut pada malam hari kerana nak menunggu hari yang kosong tanpa undangan sehingga habis syawal pun x nampak mana tarikh yang x bertanda....huhuuu murah rezeki betul!


**********

Dan kepada yang akan meneruskan perjuangan di rantau orang.. saya ada pantun buat anda :

Anak muda memetik gitar
Sambil menyandar di pohon kelapa
Walau keseberang laut anda di hantar
Orang yang di tinggalkan jangan di lupa

* ntah pada sapa saya tujukan..huhuu. tiba2 lagu dari kumpulan The zikr berjudul Perantau tergiang2 di telinga....sayu betul hati ni.. ---> sampai nak mengalir air mata tuuu..huhuu. 

InsyaAllah..saya nak g nangis dulu... sehingga bertemu lagi ye....Assalamualaikum :)
.

Thursday, September 2, 2010

err...ni la entry nye >> Berikan kami kekuatan Ya Allah...... :(

Bismillahirrahmanirrahim......

emm..kali ni dengan izin Allah, saya nak berkongsi salah satu email yang di forwardkan kepada saya. Rasa saya, sebelum ini saya dah melihat massage ini di salah satu blog yang saya jelajahi...tapi di mana ye?? hmm..saya lupa..huhuuu

Pandangan saya, massage ini walaupun kelihatan simple tapi memberi makna yang besar atau dengan kata lain... kartunis tersebut ingin menyampaikan kepada kita bertapa pada masa sekarang kita sedang di jadikan boneka (sadis nya perkataan ni..huhu..) oleh orang2 yang memusuhi Islam dan apa sahaja yang ada kaitannya dengan Islam.

Jadinya saya telah buat keputusan tanpa sempat istikharah untuk berkongsinya di blog...


 

**********

  


 **********
  
 


  
********** 
 
  
 

**********
  

 


**********

 WHY ?




**********



**********





Sahabat ku....

Hazrat Abu Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;

Apabila ummatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amar-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar mereka akan di luputkan dari keberkatan wahyu dan apabila mereka caci-mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur daripada pandangan Allah s.w.t


Dan sesungguhnya wahai sahabat....
saya berasa gerun sekali apabila memikirkan sabda Baginda s.a.w yang ini....
tidak kah anda turut merasa gerun?


Wahai manusia, Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman kepada kamu... "Suruhlah manusia berbuat baik dan laranglah mereka dari kemungkaran sebelum datang suasana di mana kamu berdoa kepadaKu tetapi Aku tidak menerima doa kamu, kamu meminta dariKu tetapi Aku tidak akan memberikan kepadamu dan kamu memohon bantuan dariKu tetapi Aku tidak akan membantu kamu"


Ya Allah....dapat bayangkan ke tidak di mana tempat kita bergantung harap tiba-tiba tidak lagi ada untuk kita? sepertinya seorang isteri kehilangan suami, seorang anak kehilangan ayah, sebuah rakyat kehilangan pemimpin dan seperti tanaman yang kehilangan saliran airnya...pasti saja layu lalu mati...huhuu

Iya..begitulah gambarannya kepada kita. Apabila kita luput dari rahmat Allah s.w.t...pasti dan pasti..akan binasalah kita. Lalu kepada apa untuk kita berpaling? Pasti sahaja tidak akan ada lagi walau sebarang pertolongan kepada kita apabila Nusrah Allah s.w.t berpaling dari kita...huhuu

Nauzubillahiminzalik !

Duhai Sahabat...
Peringatkanlah diri saya ini lagi dan lagi
Peringatkanlah orang-orang yang menjadi kesayangan anda lagi dan lagi
Peringatkanlah ummat Muhammad ini lagi dan lagi
dan apa yang paling penting..
Peringatkanlah diri kita lagi dan lagi sehingga mati.....

Minta doanya untuk saya yee...
.

Thursday, August 19, 2010

Dia Milikku lagi.....!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah....
Oleh kerana ini first entry saya di dalam bulan Ramadhan, makanya lebih manis kiranya jika saya dahului dengan ucapan: ...

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN

Kepada semua makhluk di muka bumi ini..hehee
(terutama kepada makhluk-makhluk yang membaca blog saya lerr)

emmm...bagaimana cara nak menyambut? Itu semua terpulang pada kreativiti masing-masing..

Andai anda yakin anda dapat mengaut keuntungan yang berlipat ganda pada bulan yang mulia ini 
maka...lakukanlah.....!
keuntungan apa?
itu terpulang kepada pemikiran anda sendiri di dalam menjawab persoalan 
SIAPAKAH ANDA DI BUMI ALLAH YANG MAHA LUAS INI?

Sebagai seorang peniaga ka?
pemimpin ka?
atau 
Hanya seorang hamba yang sedang mengejar redha Allah dalam menjaga amalan kerana dia tahu..

Ramadhan itu penghulu segala bulan
"Penghulu segala bulan adalah Ramadhan dan penghulu segala hari adalah Jumaat"
Hadis riwayat: At Thabrani


Di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka

"Apabila datangnya Ramadhan maka di buka pintu-pintu syurga dan di tutup pintu-pintu neraka dan di belenggu syaitan"
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Di ampunkan dosa-dosa kecil dia antara dua Ramadhan

"Solat lima waktu dan dari jumaat ke jumaat dan dari Ramadhan ke Ramadhan, menghapuskan dosa-dosa diantaranya selagi tidak melakukan dosa-dosa besar"
Hadis riwayat Muslim

dan

Barangsiapa berpuasa dengan penuh keimanan, diampunkan dosanya yang lalu
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah swt, diampunkan untuknya dosa-dosa yang lepas"


Anda sahaja yang boleh menentukan siapakah diri anda... iya, anda wahai saudara ku sayang!
*******

Alhamdulillah..... Allah masih memberi peluang kepada saya untuk berjumpa bulan Ramadhan buat kesian kalinya...
 Makanya, saya tahu..bahawa Ramadhan ini masih menjadi milik saya :)
Jadinya saya perlu menghargai peluang yang di beri..
kerana
Saya tidak tahu dan tidak akan pernah tahu samada Ramadhan berikutnya masih menjadi milik saya..huhuu
Siapa yang boleh menjaminnya untuk saya??
-TIADA-
.

Friday, August 6, 2010

Buruk baiknya berkahwin dalam beragama (i)

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya hendak pulang ke kampung malam ni...InsyaAllah, minta doa semua ye agar urusan saya di permudahkan Allah swt....

Saya juga sebenarnya ingin mengisi sesuatu di dalam blog sebelum saya berangkat pulang. Hendak meninggalkan bekalan.. Tapi saya sendiri keliru .. Hendak tulis apa ye..

Bila dah taip dan jari jemari pula rancak menari di atas huruf2 yang berterabur ni..tiba2 salah satu jari saya menekan "backspace" tanpa henti sehinggalah semua penulisan saya padam kecuali ucapan bismillah di atas...

Nampak sangat fikiran saya sedang menerawang jauh..entah di fikirkan apa..
Jadi..saya mengambil keputusan untuk meng"copy" paste kan apa yang ada di dalam laptop ke dalam blog. Jimat masa sungguh!!

Sebenarnya tidak juga...ambil masa juga saya nak mengedit..huhuu

Makanya ..kitab ini yang menjadi pilihan saya....

(sangat panjang...tapi jika ada yang merasakan dirinya sedang bersangkut paut dengan tajuk tersebut, saya pasti dia akan membacanya dari satu patah ke satu patah perkataan yang lain..dengan izin Allah!)

Kimiya AsSa'adah
(Kimia kebahagiaan)

Oleh : Imam AlGhazali





Buruk Baiknya Berkahwin Dalam Beragama

Nikah kahwin memainkan peranan yang amat penting dalam kehidupan manusia. Perkara inilah diperhitungkan dalam hidup beragama segala buruk baiknya hendaklah dikira.

Memandangkan bahawa Allah ada berfirman seperti termaktub dalam Al-Quran iaitu

"Tidak dijadikan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepada Allah,"

maka baiknya berkahwin atau beristeri itu ialah;

Pertama;

Dengan itu hamba-hamba Allah akan bertambah ramai. Golongan Alim ulama ada menyatakan iaitu menjalankan tugas-tugas beranak isteri itu lebih baik dari menjalankan ibadah-ibadah sunnah.

Kedua;

Nikah kahwin itu ada baiknya, seperti sabda Nabi iaitu doa anak-anak itu akan memberi faedah kepada ibu bapanya, apabila ibu bapa itu meninggal dunia; dan anak-anak yang meninggal dunia sebelum ibu bapanya akan memberi pertolongan atau syafaat kepada ibu bapa mereka di hari perbicaraan di akhirat kelak.

*****

Sabda Nabi, "Apabila seoramg anak disuruh memasuki syurga, anak itu menangis dan berkata, "Saya tidak akan masuk tanpa ibu bapa saya.

" Diriwayatkan bahawa satu hari Nabi memegang tangan baju seorang lelaki dan dengan keras menariknya kepada dirinya, sambil berkata, "Beginilah anak-anak kecil menarik ibu bapa mereka masuk ke syuga".

Sambung baginda lagi, "Anak -anak berkumpul di pintu syurga dan mereka berteriak memanggil ibu bapa mereka sehingga ibu bapa mereka yang di luar itu disuruh masuk ke syurga bersama mereka."

*****

Adalah diriwayatkan iaitu seorang Wali Allah yang membujang bermimpi tentang hari perbicaraan di akhirat.

Matahari hampir benar dengan bumi, dan manusia kehausan yang amat sangat. Sekumpulan anak lelaki pergi ke sana dan ke mari memberi air kepada orang-orang yang dahaga itu. Air itu terisi dalam bekas-bekas emas dan perak.

Apabila Wali Allah itu meminta sedikit air, permintaan tidak diperkenankan. Seorang daripada anak-anak itu berkata kepadanya, "Tidak ada anak tuan di sini". Setelah ia terjaga dari mimpi itu, ia pun terus membuat persiapan untuk kahwin.

Ketiga;

Satu lagi baiknya beristeri itu ialah melegakan fikiran tatkala duduk bersama bersenda gurau dengan isteri itu dan ini merehatkan fikiran setelah berpenat lelah menjalankan tugas-tugas ibadah.

*****

Setelah berehat itu bolehlah kembali beribadat dengan semangat yang baru. Bahkan Nabi sendiri, apabila baginda terasa berat dengan wahyu yang diturunkan kepadanya, akan berkata kepada isteri baginda Aisyah, 
 
"Bercakaplah denganku! wahai Aisyah; bercakaplah denganku!" Setelah berbual bersama dengan isterinya itu baginda mendapat kekuatan menanggung beban wahyu yang baru pula. Oleh sebab yang sama juga, beliau selalu menyuruh Bilal berazan dan kadang-kadang baginda menghidu bauan-bauan yang harum wangi.

*****

Telah masyur sabda beliau, "Saya cinta tiga perkara dalam dunia ini, iaitu bauan-bauan yang harum wangi; perempuan; dan kelazatan dalam senbahyang."

Satu ketika Umar bertanya kepada Nabi; Apakah perkara dalam dunia ini yang sepatutnya dicari, baginda menjawab, "Lidah yang sentiasa menyebut nama Allah, hati yang bersyukur, dan isteri yang beriman."


*****

hmmm....penat dah mengedit, masa amat mencemburui saya.. jadinya saya harus segera berkemas untuk pulang ke kampung malam ni...

InsyaAllah.. Saya akan kembali menyambung sebahagian lagi kandungan artikel ini di entry akan datang ye..
Itu pun jika saya masih berada di dalam "mood" yang sama..huhuu

Walau apa pun saya minta...

Doakan urusan saya di permudah kan Allah SWT yeee..
- amin -
.

Monday, July 26, 2010

Yang Teristimewa.... untuk si istimewa..lalala ~

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah...entry kali ni nak ikram kak Aliaazuan yang dah dua kali minta kat saya resepi bergedil  daging istimewa ni.. Walaupun hakikatnya, bukan saya punya resepi dan x pernah sekali pun saya sempat nak mencuba resepi itu sendiri..hehee

Jadi saya minta kak Aliaazuan la cuba dulu..dan jika ada apa2 yang kurang minta syor untuk penambah baikan. InsyaAllah selepas dari itu saya akan mencubanya pula.. :)

Tanpa membuang masa lagi..ayuh, kita ke dapur.. (tiba2 baru terasa bahawa empunya blog ini adalah masih anak gadis lagi... dan perlu belajar lagi dan lagi dalam hal masak memasak ni ---> kelak boleh sambut takaza memasak untuk jemaah dengan rasa lebih yakin..hihi :D) ---> nampak sangat selama ni memasak dengan penuh x yakin :p

(Selama ni minta adik lelaki jadi spy...selepas selesai je taam, terus serang dia... "Afik, tengok jemaah makan tadi muka diorang nampak selera x makan?" , "Afik, habis x jemaah makan?" , "Afik, ada x jemaah kata pedas sangat? masin? tawar? ada x?", "Afik, ada x puji masakan tadi tu bestttt?heheee" ---> menyoal sampai pening adik lelaki saya nak menjawab! hahaa. siapa suruh ada kakak yang ramai!)

Okey, resepi ni saya salin je terus dari buku resepi kakak saya yang sudah pun berkahwin... ceritanya di sini

 ini la rupa buku resepi tuu!!

Bergedil Daging Istimewa:

Bahan - bahan:

1 kg Kentang (dikupas dan di potong2) ---> x tahu la untuk berapa orang ni. x dinyatakan. Nanti kita minta kak aliaazuan bagi karguzari sikit berapa orang yang di perlukan untuk menghabiskan bergedil yang di buat. hehee (nak x nak..akak kena la masak. --> entry istimewa untuk akak ni tau. jangan lupa pos kan kat umu sikit ye :p)

150 gm daging (dikisar) ----> pastikan di basuh ye :)

300 gm Bawang merah (dihiris dan digoreng) ---> kalau saya panggil bawang besar!

1 Sudu serbuk lada hitam ---> kalau nak lagi pedas, boleh tambah lagi dan lagi!

3 Tangkai daun bawang (dihiris)
3 Tangkai daun sup (dihiris)
3 Ulas bawang putih
3 Ulas bawang kecil
----> Sungguh bertatasusila saya menggunakan tangkai dan ulas..hehee

4 Biji telur (di asingkan kuning dan putihnya) ---> sila basuh telur bersih2 ye.

Cara - cara:

1. Goreng kentang sehingga empuk dan di lenyek
2. Gaul daging yang telah di kisar bersama bahan-bahan kisar lain sehingga sebati. Tumiskan di dalam kuali sehingga kering air daging tersebut. Masukkan hirisan daun bawang dan daun sup. Juga hirisan bawang merah yang sudah di goreng tadi.
3. Padam api. Masukkan kuning telur dan gaulkan sehingga sebati.
4. Bulat-bulatkan bergedil tadi kemudian di celupkan di dalam putih telur dan di goreng di atas api yang perlahan. Sehingga warnanya kekuningan dan angkat. Siap sedia untuk di hidangkan...

Okey kak Aliaazuan, cepat2 tau cuba ..lepas tu boleh bagi karguzari hasilnya kat saya.. jadi istimewa ke x. hehee

note: Asbab kak aliaazuan, buat pertama kalinya blog ini menceritakan hal resepi masak memasak..huhuu. keperempuanan sungguh!
.

Monday, July 19, 2010

Andai benar kata tuan2.... silakan!

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Saya baru sahaja pulang dari cuti yang panjang (saya je la rasakan panjang... hakikatnya 2 hari jeee..huhuu). Kenapa saya rasakan panjang? kerana aktiviti dan perjalanan menaiki kereta sangat2 memenatkan saya (walaupun bukan saya yang drive)... Dan kerana sesungguhnya, pergi bercuti itu saya rasakan sungguh2 memenatkan!!

Sebenarnya bukan isu di atas yang ingin saya sampaikan di sini..hehee

Saya nak bercerita tentang apa yang saya dapat, sepanjang perjalanan pergi dan balik dari bercuti. Oleh kerana saya dan family kakak bermusafir.. sudah tentu kami akan berhenti di masjid2 dan surau2 yang terdapat di sepanjang jalan yang kami lalui apabila tiba seruan untuk menunaikan solat.

Dan oleh kerana driver (iaitu abang ipar) telah memilih jalan2 kampung dan bukan pula lebuhraya sepanjang perjalanan makanya, perhentian2 di lebuh raya tidaklah kami lalui... (konon2 untuk mendapatkan kedamaian suasana desa la kan sepanjang perjalanan..hikhik)

Dan Alhamdulillah..banyak2 rumah Allah yang kami singgah.. Yang satu ini sangat istimewa. 

kerana apa?

Bukan kerana megahnya masjid itu berdiri..
Bukan kerana makmum yang halimunan...
Dan bukan juga...
kerana ke"hensem"an imamnya...

bukan. bukan. bukan !!!

Tetapi kerana...
Masjid yang kami singgah itu terletak di pinggir kota dan desa (tengah2 kut)...
Jauh dari rumah penduduk (maka kurang juga ahli jemaahnya)
Dan paling istimewanya
Terdapat jemaah pedal (jalan kaki) dari Bangladesh! <-- Tetamu Allah yg istimewa :)




MasyaAllah... Ini lah first time saya berjumpa jemaah di masjid yang sedang keluar..
Jadinya saya pun membuat beberapa siri siasatan (menyibukkan diri je budak sorang ni..hihii).

Hasil siasatan..
Sungguh memusykilkan saya... 
kenapa ruang dapur iaitu tempat jemaah ini memasak clean and clear je?? Tersusun elok je perkakas memasak.. cawan susun bertingkat2. dulang tersandar kemas. Dapur gas dalam keadaan bersih bersinar!

hmmm..musykil. musykil!

okey...x pe. kita pergi tengok tempat lain pulak..
Waahh...kepelikan pula berlaku di tempat sidai pakaian. Macam mana pulak diorang boleh sidai baju ikut saiz ni.. cantik je tersusun di tempat ampaian yang di buat di belakang masjid..huhuu. kalah cara saya menyidai pakaian (rendah diri nii..heheee)

emm...
Tengok pakaian yang di pakai pun...kemas jee. kurtah putih mereka siap berwarna nila lagi tuuu. Kalah kekemasan kurtah dan jubah adik lelaki saya (maafkan kak umu ye Afik..heheeee).

Semuanya sempurna dan Okey!

Lagi2 kawasan masjid terutamanya tempat solat muslimat dan tandasnya bersih jee. Nak kata penduduk yang bersihkan, abang ipar kata makmum orang tempatan 2-3 orang je. Yang tukang azan dan imam adalah jemaah sendiri. (mungkin masjid baru lagi kutttt...x ada bilal dan imamnye sendiri). Makanya saya berfikir sudah tentu lah jemaah juga yang membersihkan masjid tersebut.

Jadinya.. Kesimpulan yang dapat saya buat setelah meneliti hasil siasatan adalah:
Kata2, khabar2 dan penulisan2 oleh pihak2 tertentu yang menyatakan KE"NEGATIF"AN -  KE"NEGATIF"AN orang2 yang buat usaha (yang mereka gelarkan TABLIGH) adalah TIDAK BENAR sama sekali.

emm..mungkin mereka2 ini masih tidak bersetuju dengan hasil siasatan saya kerana saya bukan penyiasat profesional  hanya melihat satu jemaah sahaja. Sudah memandai2 nak membangkang mereka. sudah borro (kata seorang sahabat dalam bahasa bugis!) mengatakan saya sahaja betul dan membela2 jemaah...huhuu

Baiklah......

Jika benar apa yang tuan2 katakan mengenai jemaah (kepada siapa2 yang selalu mengutuk2 dan memperlekehkan jemaah), saya pohon agar tuan2 sendiri secara terus dengan hikmah dan kasih sayang menegur dan menasihati apa2 yang tidak betul dan tidak manis yang di lakukan oleh jemaah. Mereka ini sedang belajar dan memperbaiki diri, makanya dengan izin Allah jika apa yang tuan2 tegur itu membawa manfaat, pasti dan pasti mereka akan menerimanya dengan terbuka. (Kalau boleh, ikut la sekali jemaah keluar 3 hari, kalau ada apa2 yang x kena boleh sound terus...heheee <-- saya syor ajee)

Juga saya pohon.. jangan lah berkasar (kalau saya pun jadi pecah hati di buatnya. Dah la baru nak belajar korban..tinggalkan keluarga tercinta, belanjakan duit untuk manfaat yang x nampak, dan habiskan tenaga untuk kepentingan orang lain..alih2 kena tembak pulak..huhuu)

Ingat senang ye nak buat pengorbanan macam tu??
Jawab sendiri2 dalam hati menggunakan akal yang waras yeee.. :)

Dan saya meninggalkan masjid tersebut sambil di iringi nyanyian merdu dari The Zikr.. (Sayup2 kedengaran salah seorang jemaah itu sedang bercakap tentang kebesaran Allah swt di corong pembesar masjid. Subahanallah....

(Perantau)

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri

Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda

engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan

Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang

Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah 

 .

Thursday, July 15, 2010

Fikir Abah.... untuk ummat ~

Bismillahirrahmanirrahim...

emm..boleh bayangkan x anak-anak kita (kecuali saya sebab x ada anak lagi..hehee) ke sekolah tadika memakai serban? MasyaAllaahhh...

Lagi best..bila serban tu dia yang pakai sendiri.....lilit sendiri?? --> mungkinkah terjadi?? sedangkan nak pakai stokin pun ibu2 yang tolong sarungkan lagi..huhuu

Kenapa saya boleh terfikir hal ini adalah kerana (ayat skema :p).. setiap kali anak2 semut saya berkumpul, mesti CD upin ipin yang diorang minta2 untuk di pasangkan. Sampai diorang sendiri dah naik lancar dialog apa yang nak keluar (termasuk la yang baru pandai nak bercakap..huhuhuu).. geram je saya setiap kali nak beralah tengok TV dengan diorang ni... eeeeee!!

Baru-baru ni ada sekali sedang diorang duduk beramai2 di depan skrin TV.. abah saya pun duduk sama2 dengan cucu2 semutnya yang ramai x terbilang tuu..

Tiba-tiba abah bersuara....

"Kan bagus kalau cerita upin ipin ni buat cerita cara-cara nak pakai serban ke.. cara bersugi.. doa2 harian atau apa2 yang berkaitan dengan sunnah. Ramai budak2  suka dengan cerita ni.. boleh jadi ikutan budak2"

Saya senyum je bila mendengar syor abah tu sambil memikirkan 2 budak kepala botak tu (upin ipin) terhegeh2 melilit serban kat kepala diorang..hahaa <-- tentu comei!

Mungkin seperti budak ni.....hehee



kerja..kerja..kerja... ----> Kerja agama lerrr.....jangan malas2 ye!
.

Thursday, July 8, 2010

Dodoi..... Selawat lah sayang...~

Bismillahirrahmanirrahim....

Pernah x lalui pengalaman menidurkan baby yang degil susah nak tidur ??
Malah keadaan jadi bertambah kelam kabut bila baby ni menangis2 siap melenting2 badannya di dalam buaian?? siap boleh campak botol susunye keluar dari buaian lagi tuuu... <-- ni bila datang time dia nak mengamuk lerr...

huhuu... sungguh mencabar keimanan betul.. (sabar umu....!)

Jadinya saya sentiasa la guna method try and error.. lain baby.. lain juga ragamnya.. dan lain juga laaa cara nak menanganinya..
Setakat ni, kalau ada baby yang mengamuk (entah sesuai entah x guna istilah ni..hehee) time nak tidur tapi wat cara x mau tidur, saya lebih suka bawa ke sinki.. basuh muka, bahagian leher, tangan dan kakinya.. bagi selesa (macam ambik whuduk la pulakan....hehee) <-- Alhamdulillah, selalu baby2 ni sukaa..

Terus bawa ke buai dan dodoikan...ehem..ehemmm.. InsyaAllah, mereka akan senang tidur :)

macam baby ni....!!

Tapikan... jangan lah dodoikan dengan lagu yang pelik2 dan bukan2. Macam contoh, saya minta anak buah saya dodoikan adiknya di buaian... boleh pulak lagu wali band keluar...hahaa. confirm la baby tu lagi mengamuk!! (Bayangkan budak 5 tahun dah lancar lagu wali band...ishh..ishhh....kagum betul!!)

Bila di tanya....
"Zaim dengar kat mana? macam mana boleh lancar ni?"

Jawab Zaim...
" iye laa..kita selalu dengar kat kereta Cik Zai" ---> mak cik yang selalu drive dia dan budak2 kejiranan ke sekolah..huhuu (Padahalnya perjalanan dia ke sekolah x sampai pun 5 minit).. Tapi kalau dah ulang alik setiap hari dan di hidangkan pula dengan lagu2 yang sama berulang kali mana x jadi hafiz lancar..huhuu

Ishh..ishhh...issshhhh.. x boleh jadi ni...

Saya pun dengan berhemahnya berkata "zaim x boleh la nyanyi lagu tuu... x tenang baby nak tidur. zaim zikir la macam ayah dan ibu selalu tidurkan baby" (ewah..ewahh..bercakap pandai mak ciknye sorang ni, padahalnya baru terfikir nak nanyi lagu siti nurhaliza tadi walaupun x berapa lancar..hahahaa)

Meh sini cik mu ajar zaim dodoikan baby...confirm baby terus tidur tau <--- berlagak ckit kat situ :p
Pastu saya nak cover saya berselawat la kan...dan x di sangka2 plak baby terus diam dan mata makin layu...layuuu...dan terus ZZzzzzzz.... dalam masa x sampai 5 minit terus tidur!

Bukan saja anak buah saya kagum...saya pun lagiii laaa kagum!
---> Zaim kagum dengan kepakaran saya
---> Saya pulak kagum dengan kehebatan selawat....hahaaa

Oleh itu, hari ini saya nak bercakap tentang SELAWAT!
 (errr....saya tanya en.Wiki je ni..hehee)

Perkataan selawat ( bahasa Arab: الصلوات‎ ) diambil dari perkataan solat ( bahasa Arab: الصلاة‎ ), doa, pujian.
Ibnu Kasir berkata dalam tafsirnya: Telah berkata Al-Bukhariy: Telah berkata Abu `Aliyah:

Salawat Allah subhanahu wata`ala ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Dan salawat malaikat ialah doa.
Dan salawat orang mu'min ialah memohon rahmat daripada Allah ke atas Nabi Muhammad SAW.


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad s.a.w). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan. [Al-Ahzab: 56]


Okey... dekat sini suka saya nak memperdengarkan lafaz selawat yang selalu saya lagukan..hehee

p/s : Sila melagukannya dengan melodi yang sayu dan penuh kasih sayang ye .. :)

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Tola'al Badru 'Alainaa
Min Thaniyaatil Wadaa'ii
Wajabas Shukru 'Alainaa
Maa Da'aa Lillaahi Daa"ii

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Ayyuhal Mab'uthu Fiinaa
Jiktabil Amril Mutoo'i
Anta Ghauthuuna Jamii'a
Yaa Mujammal Lattibaa'i

Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam
Sollallahu 'Alaa Muhammad
Sollallahu ' Alaih Wasallam

Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurun Fauqo Nuuri
Anta Syamsun Anta Badrun
Anta Nuurn Fauqo Nuuri

Anta Ikthiiruw Waaghooli
Anta Misbaahus Suduuri
Anta Ikthiiruw Waaghooli 
Anta Misbaahus Suduuri 

Banyak kelebihan berselawat ni....  Anda boleh baca di sini ye Selawat
Selamat berselawat :) 
.

Sunday, July 4, 2010

Cerita cintaaa......!! Dasyhat sungguh.

Bismillahirrahmanirrahim....

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata,

"Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."
 
Berkata Nabi Isa a.s,
"Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi,
"Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."

Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, 
"Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.

Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." 

Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.

Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata,
"Aku ini Isa a.s."

Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, 
"Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 
2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan dari manusia. 
3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.



************

Rasulullah S.A.W telah bersabda,
"Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

***********

Soalan saya yang....
Pertama : Jarrah tu ape ye?

Kedua :  Jika nak di buat perbandingan... keadaan saya x sama langsung dengan pemuda kat atas tu... jadi adakah maknanya......??? 

Ketiga :  Apakah keadaan anda sama @ sipi2 serupa dengan keadaan tersebut? 
kalau iye...beruntungnya anda...huhuuu
 .

Tuesday, June 29, 2010

Nikmat ! istifar laaaa...

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah...
Banyak cerita nak di kongsi bersama sebenarnya...

Di antaranya, berita kemasukan adik saya ke UUM, tahniah Kinah..selamat menyambung pengajian ye. Dan selamat menjalani kehidupan sebagai bakal seorang mahasiswa yang sentiasa bergelumang dengan assignment..hehee.

(Tentu penat abah saya, bila sorang dah tamat, sorang pula baru memulakan pengajian di universiti..huhuu). Dan selamat meneruskan perjuangan buat adik2 yang lain iaitu Diah di USM dan Imah di UPSI..

Juga sudah tentu kepenatan abah bertambah2 apabila dua orang kakak atas saya bakal menyempurnakan separuh agama mereka.. Tahniah di ucapkan buat kak Edah dan kak Ain. Sesungguhnya saya yang tidak sabar2 menanti penghujung tahun 2010 ni... hehee. Semoga semua urusan kalian di permudahkan oleh Allah swt. Amin.

Dan saya??

Entah kenapa dan mengapa saya terlalu banyak meluangkan masa membaca entry2 di blog follower saya yang ke 53 ni. hmm.. x ada keje kut..huhuu. (sebenarnya saya suka mengenali follower2 saya.. dan hati saya akan tertanya2 kenapa dan mengapa mereka sanggup menjadi follower saya. Adakah perkara ini di lakukan secara sukarela @ di paksa?hehee <-- mula merepek dah ni)

Walau apa pun alasan anda semua... saya nasihatkan, sila membaca blog saya secara sambil lalu sahaja. Kerana saya takut, kalau2 penulisan saya di blog ini bukan mendatangkan manfaat sebaliknya mudharat.. Moga di jauhkan....

ingat ye pesan saya. baca secara sambil laluuuu :)

Dan suka di sini saya ingin berkongsi sms yang di forwardkan kepada saya oleh seorang sahabat:

***************************

Kahmas bin al-Hassan berkata:
Saya telah berbuat dosa dan saya tetap menangis kerananya sejak empat puluh tahun.
Ketika di tanya:
Dosa apakah yang telah engkau perbuat itu?
Jawabnya:
Saudaraku telah datang bertamu kepadaku, maka saya membeli ikan untuk makan bersama, tiba-tiba saya berdiri sedang ia masih makan, dan saya telah mengambil tanah dari kebun tetanggaku untuk membersihkan tanganku.
(Tanbihul Ghafilin)

Seorang sahabat berkata:
"tidak dianggap dosa kecil jika terus menerus...."

**************************

emm... begitu lama saya memerhatikan ayat2 tersebut dan berulang kali saya membacanya...
lalu saya memikirkan keadaan diri saya yang sungguh menyedihkan saat ini..

Saya mula memikirkan dosa2 yang saya lakukan secara istiqomah...huhuu
saya memikirkannya lagi... adakah saya pernah menangisi bagi setiap dosa2 yang telah saya perbuat. Sedang bersusah payah cuba saya bermuhasabah diri...

Tiba2 anak semut saya menjerit....
"cik mu..ayah panggil, makan durian"

hmmm...patutlah saya bau durian dengan kuat....rupa2nya di tangan diorang dah comot dengan isi durian. 
x boleh jadi ni.... favourite tuuuuu.... 

zupppp..

Terus lupa apa yang sedang saya perbuat tadi dan saya terus di tenggelami kenikmatan mencicip durian sebiji demi sebiji.. hingga berbiji2...huhuuu

Tengok??
Nikmat dunia yang sekecil itu bisa membuatkan saya menjadi lalai. Istifar la umu....
Itu belum di uji dengan nikmat yang besar lagi tuuuu..

Istifar la umuuu....!!
(sambil meneguk air dengan banyak sebab yakin air boleh elakkan badan panas lepas makan durian berbiji2. Yakin dah salah tuuuuu...istifar la umuuu!!!)
.