Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, November 14, 2009

Sebelum berangkat pulang.......

Bismillahirrahmanirrahim....

emm....sebelum saya berangkat pulang ke kampung halaman yang tercinta di Gemas, n.9..
saya rasa, saya nak tinggalkn sedikit bekalan buat sahabat2 di blog supaya x kerinduan sepanjang saya bercuti bersama keluarga tersayang...hehee (mcm ade je org nk baca dan rindu2)

InsyaAllah, akhir bulan 12...sya akan memulakan semester 6 saya...
Dan dengan izin Allah, jika sepanjang cuti ni..saya rajin nak menaip..sya akan sediakan post untuk blog sya.
bila dah balik U nanti..saya akan masukkan terus ye... (tunggu saya tau....<--- ee..macam ada je orang yg tertunggu2..hehee)

malam ni..saya nak postkan puisi lagi...... x tahu la kenapa dan mengapa..saya nak postkan puisi je sejak akhir2 ni. mungkin bila balik nanti..lepas dah di zihin oleh abah saya hingga bersih (macam boleh bersih je..selalu nye x..hihii..)....entry untuk yang selepas ni ada perubahan...insyaAllah!


I am a Muslim woman

I am a Muslim woman
Feel free to ask me why
When I walk,
I walk with dignity
When I speak
I do not lie

I am a Muslim woman
Not all of me you'll see
But what you should appreciate
Is that the choice I make is free

I'm not plagued with depression
I'm neither cheated nor abused
I don't envy other women
And I'm certainly not confused

Note, I speak perfect English
Et un petit peu de Francais aussi
I'm majoring in Linguistics
So you need not speak slowly

I run my own small business
Every cent I earn is mine
I drive my Chevy to school & work
And no, that's not a crime!

You often stare as I walk by
You don't understand my veil
But peace and power I have found
As I am equal to any male!

I am a Muslim woman
So please don't pity me
For God has guided me to truth
And now I'm finally free!

by : Jenn Zaghloul_1999


>> et une petit peu de Francais aussi ---->> maksudnye, dan juga bleh sedikit bercakap dalam bahasa Perancis.

hehee....saya juga dengan izin Allah, boleh je berbahasa france ni....(sikit2 jer...)
emm...tapi rasenye kalau tidak d applykn ~ boleh jadi tergagap dan lama kelamaan boleh juga lupa....huhuu..
solutionnya...kena la selalu tengok movie france ni...supaya x nak ilmu tu hilang di telan masa (alasan je..hehee)!

okey...di harapkan entry kali ini dapat bagi manfaat buat sahabat2...
terutamanya pada kaum Hawa laaaa~
kan tajuknye...i am a Muslim woman tuuu......!
sekian dulu..bekalan buat sahabat...

Assalamualaikum....
jumpa kita semester hadapan ye....Insya Allah!
a bientot!

Friday, November 13, 2009

~Segala pengharapan hanya kepada Allah SWT~

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan…

tiba-tiba Nabi AS melihat seekor semut sedang bersusah payah berusaha mengangkat sebiji buah kurma.
Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, lantas baginda memanggil si semut dan menanyainya,

“Hai semut kecil, untuk apa kurma yang kau bawa itu?”

Si semut menjawab,
“Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun”

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,

“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah kau ke dalam botol ini. Aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu.…

Baginda Sulaiman as kembali semula untuk melihat keadaan si semut. Baginda hairan melihatkan kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS lantas bertanya kepada si semut,

“hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”

“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. “



sambung si semut lagi….

“Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebiji kurma setiap tahun, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut kalau2 tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut kecil!!”

~Masya Allah...lihatlah sifat yakin si semut kecil pada Allah swt.
sedikit pn si semut itu tidak menaruh harap pada makhluk walaupan pada seorang Nabi.
ini kerana kawan-kawan,
jika kita mengharap walau sedikit kepada makhluk...
pasti dan pasti kita akan kecewa di kemudian hari.

namun...
jika segala pengharapan kita hanya pada Allah swt...
pasti kita tidak akan kecewa
walaupan apa yang kita doa dan pohon..
tidak di tunaikan. kerana perasaan kecewa itu tidak akan melebihi perasaan redha dengan ketentuanNya......

Habis sudah....Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
tamat sudah final exam sya untuk semester 5 ni.
Dengan izin Allah...
saya hanya perlu bertahan 1 semester je lagi sebelum menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah..hehee

Selepas dari itu...
saya punya banyak rancangan yang telah pun di rencanakan siap2 d kepala.
Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk saya.

Berkata mengenai rancangan...

Alhamdulillah..
ramai yang menyumbangkan idea dan juga syor pada saya berkenaan
apa yang perlu saya lakukan selepas ini
hmm..ada yang bernas
tapi ada juga ideanye yang tidak2 sahaja..hehee



antara cadangan yang di utarakan selepas saya habis nanti.....
kahwin <<------ rangking teratas dari semua cadangan! ape laaa
sambung master <<----- aduhaiii! penat ni..
rehat2 dulu di rumah <<------- ni yang malas ni!
jadi guru ganti dulu <<------- cadangan dari org2 atasn...hehee
terus cari kerja mengikut bidang yang di ambil sekarang <<------- hmm..akan di fikir2kan.
cari peluang utk bekerja sendiri <<------ini yang paling saya berminat!

Namun....rencana saya sendiri bagaimana?? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.. buat masa sekarang, akan saya simpan kemas2.. target saya yang terdekat ni....menghabiskan semester akhir semester hadapan dengan final projek yang akan meninggalkan kenangan manis buat saya sebagai seorang pelajar sains aktuari.

'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

(Surah al-Talaq: 2-3)

Minta doanya ye~~

Tuesday, November 10, 2009

~emm......Nikmat dariMU Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah...petang tadi...dengan izin Allah swt, sya mendapat kenalan baru (kalau saudari baca post saya ni, mesti saudari terharu...hehee~~)

Jika saudari terharu dengan post sya...sya pula dgn izin Allah...lagi laa terharu dengan huluran persahabatan dari saudari... ukkhuwah lillahi taala tuu~

Dan petang tadi juga saya mendengar khabar gembira dari kedua orang sahabat sya mengenai berita pertunangan dan pernikahan..Alhamdulillah...

Semoga Allah permudahkan segalanya.... (apabila di pertemukan dengan karkun yang turut sama dalam usaha dakwah~ makanya....asbab bersatunya ikatan pernikahan tersebut dapat menghasilkan rumah2 seperti madrasah kelak~~ amin)

Jadi..bagi meraikan sahabat sya....di doakan untuknya (untuk sya juga laa...hehee) karkun yang sebegini ciri2nya menemani pelayaran hidup di dunia dan akhirat....

emm..puisi ni juga....bagi memenuhi hak seorang teman (ni pn..mesti ade yang terasa...hihi) yang ingin membaca puisi yang sya cipta sendiri tp...puisi di bawah ni, sya rompak entah dari mana....tunggu je la ye dengn sabar puisi karangan sya ....lambat lagi kut akan terhasil sebab sya bukan seorang pujangga!! hehee~~




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya …


amboi2...besar sungguh hasrat...hehee. semoga...sahabat sya (tuan punya diri mesti tersenyum2 membaca post sya kali ini)...sabar menanti kunjungan lelaki idamannya~ yang mana...akan membawanya kelak bersama menjalani kehidupan seperti kehidupan para sahabat...

p/s : awk doaknn untuk saya juga ye~~

Monday, November 9, 2009

~hari ini..dengan ujian yg Engkau beri.....!


Bismillahirrahmanirrahim....

Segalanya sakit!!
Dari tubuh badan hingga lah kepada iman. Semuanya tidak sihat..

Bibir menutur redha, tapi dalam hati...Allah swt sahaja yang tahu. Bertapa makhluknya yg sorang ni tidak tahu bersyukur dengan nikmatNya selama ini...


Baru di berikan sedikit ujian untuk menunjukkan kasih sayangNya,
tetapi makhluk yang bernama umu anisah ini....
sudah mengeluh.
sudah mengaduh.
sudah pandai minta untuk di hilangkan segera sengsara..

Aduhai umu anisah....
lemahnya awak ini....
air mata dah di tumpahkan dahulu sebelum mengungkap istighfar...

Aduhai umu anisah..
sudah lupakah awak dengan sakit perit siksaan yang di rasai Bilal bin Rabah di bawah panas teriknya matahari?
jika hendak di bandingkan dengan siksa sakit yang awak rasa hari ini...
aduhai...memalukan!!

Aduhai umu anisah,
jangan la awak bersikap lemah....
kerana...
Allah swt telah memujuk untuk menyenangkan hati awak dalam firmanNya......

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, walhal kamu lah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman"
Ali-Imran _ 139

Ya Allah...ampuni hamba Mu yang lemah ini. kuatkan hatinya Ya Allah...Kerana Ya Allah, sememangnya Engkau mencipta ku dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan, maka dengan limpah kasih sayang Engkau, teguhkan hati ku...

Ya Allah...demi kasih Engkau kepada ku....tunjukkanlah belas kasihanMu kepadaku...amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, November 4, 2009

~Ini lagi...utk mu wahai Hiasan dunia!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sya bawakan hadis Rasulullah SAW mengenai wanita..

sya juga telh meng'highligtkn' ganjaran2 yg bkal di peroleh oleh kaum wanita jika mereka redha dgn tugasan dan tanggungjawab mereka selaku anak, isteri dan ibu....

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
     
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
     
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
     
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
     
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
     
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
     
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
     
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
     
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

     
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
     
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
     
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

----->> Masya Allah...sungguh beruntunglah kaum wanita yg di tinggikan martabatnya oleh Allah swt melalui kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Ayuh kaum hawa..kita rebut peluang ini...!!

kpd kaum ibu....lihatlah ganjaran utk mu...setiap tegukn susu dari si anak, ia akn mencatatkan satu kebajikan utk mu.
Aduhai..bertapa bertuahnya kamu ibu, pedih yg kau rasa tika menyusukan bayi2mu di berikan ganjaran yg besar.



----->> Teringat juga sya kpd arwah ibu...melahirkan 12 org anak...menyusukn kesemuanya. barangkali, berapa tegukan susu kesemua kami, anak2nya minum?
dan berapa pula lh ganjaran yg engkau terima wahai ibu??

MasyaAllah..klu ku kira2..dgn bantuan kalkulator sekalipn, sehingga pent jari jemari ini menekan2 butang kalkulator ini...
nescaya... belum mampu terjawab oleh ku...

Hanya Allah SWT shaja yg Maha Mengetahui di mana kedudukan mu ibu~~
Semoga arwah ibu ku termasuk dalam golongan org yg di beri nikmat oleh Allah SWT. amin Ya Rabbal Alamin.
Al-Fatihah ~ minta sedeqahnye ye..

Sunday, November 1, 2009

* Menggembirakan anak perempuan *

 Bismillahirrahmanirrahim..

Menjadi kebiasaan sya jika blik ke rumah (kmpg ler..maklum la dh duk d bandar lama..hehe) dri kampus, sya akn membawa sedikit buah tangn utk adik2 perempuan sya di rumah. x kira la, maknn ke, barang hiasan @ ape2 shaja.. pasti ada wlupan x seberapa..

Berdasarkan hadis ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)

'Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.'

'Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.'



Teringat satu ketika dulu….

Sya pulang ke kmpung menaiki keretapi dr KL sentral terus ke pekan Gemas..dan abah sya akn menunggu di sana utk jemput pulang ke rumah (jauh kampg dri pekan hampir 10 km..main teka jer…hehe).

Setelah bersalamn dan bertanya kabar, kami berjaln ke arah kereta. Niat di ati dri dlm keretapi lg nak mengajak abah ke kedai buah2an (tujuannye mesti la nk beli buah….hihi~ x ada ape nk beli di KL sentral!) utk di jadikn ole2 buat adik2 di rumah tapi terlupa sbb abah berucap panjng..huhu (maklum la..anak nye ni la yg jarang pulang ke rumah jika nk di bandingkn anak2nya di U lain….hehee)

“umu dah solat asar?”…tiba2 abah bertanya. sya thu..mesti abah nk ikram berhenti di masjid berdekatan dgn stesen. “Dah bah.! tdi wat solat jamak takdim di KL Sentral.”

“Nak g mane2 tak? @ nak terus balik?” tibe2 abah bertanya ….”emm..nak g beli buah bah. x beli ape2 utk budak2 di umah (amboi..gne pekataan budak utk adik2..mcm diri dh besr sgt..padahalnye adik2 yg ade di umah tu lg besr dri sya..hehe)

“tak payah la…budak2 kat umah tu, abah beli buah..tak bermakan. ada lg dlm peti ais tu”

hmm…sya diam je tnda OK. tp dlm ati mcm tak sedap jer..ye la, sya balik nnt mesti adik2 smbut tangan dan beg di halamn rumah..tak kn itu je..huhu

Kereta terus meluncur keluar dri pekan….

Tiba2 abah masuk satu simpang…aik, ni nak g ke rumah abg sulung ni. rupa2nya abah nk g ke pasaraya G-Mart yg betul2 letaknya di hadapan rumah abg..

Di sana, abah menyuruh sya memilih bahan mentah utk di masak mlam nnt. juga menyuruh sya mengambil buah..hehe..sya tersenyum dan cepat je tgn sya mencapai buah epal besar (selalu sya panggil epal fuji..). sya thu..adik2 sya suka mkn buah yg satu ni..

Rupa2nya abah dapat membaca keresahan hati sya…lalu abah menunaikn sifat ikramnya..<--- Jazakallah abah!

sya lihat abah mengambil ais krim magkuk besar juga kon ais krim 2 kotak.. (kegemaran kami satu keluarga tu)

puas ati sya dpt juga bwa buah tangan utk org2 umah walaupn bukn gne duit sendiri..hehee..


 
uikss..x tutup aurat!


Sampai di rumah..seperti yg di jangka, adik2 menymbut kepulangn kakk mereka yg satu ni.. sambil mereka menymbut beg dan barang2 yg kami beli… terus je abah kata “haa..ais krim tu kak umu belanja ye”melirik ke arah sya smbil tersenyum...

“Terima kasih kak umu..syang kak umu” secara serentak adik2 sya menymbut..sya apelgi..senyum lebar jer la..hehe. ibarat lembu punya susu, gembala dpt nama…!

(Abah perbuat seperti hadis2 di atas, mengembirakan hati anak2 perempuannya --> Semoga usahanya mendapat pahala amalan di sisi Allah swt..amin)

tibe2 adik bongsu sya menjerit suke ketika mengemas barng2 tersebut di ats meja…”yee..bestnye buah epal fuji!”. terus sya menyahut..”aik, abah kata korng dh tak suka makn buah?”

“bukan kitaorng x suka…cuba kak umu tgok dlm peti ais ada buah apa…buah yg abah suka la..asyik2 abah beli buah yg sama je. pening kitaorng makn”



Sya tersenyum mendgr luahan hati juga lawak adik sya tu dan dalam hati sya dpt mengagak buah ape…terus melihat di dalam peti ais, kn betul……buah oren! hehee… abah..abah…:p

~Sesungguhnya berbanggalah kamu wahai muslimah menjadi seorang wanita iaitu anak perempuan kpd ayah kamu~

sebaik2 perhiasan di dunia, adlah wanita solehah!

maka usahakan juga diri mu menjadi seorang anak yg solehah!