Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Sunday, July 19, 2009

Senyuman Ku

Bismillahirrahmanirrahim...

ermm..indah sungguh jika ukkhuwah itu lillahi Taala....
Senyuman keriangan mengorak gerakan bibir..
X hilang dlm detik waktu yg berlalu...
terus mengulang-ulang kalimah Alhamdu...
Segala pujian atas Limpah kurnia yg Kau berikan Ya Allah..

Jazakallahukhaira buat saudara Pianed kerna menjadi Followers pertama sya..
Juga buat saudara scofield..yg juga menjadi org pertama 'mengepost' short msg kpd sya..
~(sebenarnye..kedua d ats org yg sama)

nampaknye....kekangn masa juga tugas sebagai seorang pelajar membataskn sya memulakn penulisan. Buat sementara ni..blog sya akan kekeringan bahan...
keletihan melilit setiap tulang belulang....
Aduhai...ape ptut sya lakukn?
Agar tidak terasa segala tanggungjwb sebagai beban???

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak.....Nilai n.9

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....dgr kabarnye ijtimak berakhir sebaik sahaja usai solat zhor ari ini (12 julai 2009). Tak sabar rasenye nk mendengar Karguzari dari Abah & saudara lelaki saya yg turut menghadari ijtimak kali ini, maklum lah...bukan senang program seumpama ini nk di adakn lg. Ijtimak terakhir yg pernah di adakn di Malaysia pn pd 27 thun dahulu.....time tu..saya pn x di lahirkn lg.

Terfikir juge...bagaimanakah sambutan ijtimak ketika itu....adakah ia diadakn sebesar sambutan ijtimak pada thun ini?? tetapi yg pastinye, ketika itu kira2 5000 jemaah sahaja yang hadir. Mungkin itu adalh angka yg besar jika nk di bandingkn dengn kemudahan yg ada sprti tempat tinggal dan juga penganggkutan pada ketika itu.

Melalui berita, untk ijtimak kali ini kira2 200 000 jemaah berkumpul termasuk lah jemaah dari China, Indonesia, India dan juga Bangladesh.
Subahanallah...dengn izin Allah, mereka ini berkumpul kerana mereka ada fikir risau ttg ummat.

Entah ble la sya berkeluangn masa utk balik ke kampung mendegar karguzari ijtimak terus dari Abah.
Mungkin saya akn dptkn karguzari ijtimak ni dari internet terlebih dahulu.
Harapnnyer, semoga pencarian saya menemukan berita yg baik2 sahaja mengenai kejayaan ijtimak ini. Jika ada yg kurng, jadikn ia pengalaman utk di perbaiki pada masa hadapan dan bukn pula utk di hebah2kn....


-amin-

Saturday, July 11, 2009

Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan


NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.


Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.


Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.


Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.


''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.


''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.


Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.


Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.


Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.


Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.


Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya.


Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.



Bisikan Masthurat...

Bismillahirrahmanirrahim...

ermmm….x kan kami sanggup melepas & membiarkn sang bidadari syurga merampas milik kami dengn sewenang2nyer..

Biar harta dunia berkurangan, asalkn ia d belanjakn atas jalanNya


Biar kami terabai, asalkn si dia x mengabaikan usaha agama


Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentisa krn agama, x mengapa



Biar kami d tinggal2kn, asalkn pemergiannya krn ummat tercinta


Biar kami sedikit kesusahan d dunia, krn mengejar ganjarn akhirat kami rela


Biar seksa melahirkn kami rasa, asalkn lahirnya para da’ie, kami redha






Biar segala urusan dtg menduga, malam markaz dan ghash x kn kami biarkan si dia leka

Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikn si dia ada


Biar sibuk dgn urusan dunia, insyaAllah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga


Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima


Biarkn segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa sprti gula..


Bila kami redha & rela, kelak 500 thun persiapan kami lakukn menunggu suami tercinta d syurga..



p/s; doa2knlah kami ahlia & bakal2 ahlia da'ie ni menjadi pembantu @ bukan pula pelemah si suami utk berdakwah....amin




D mulakn dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah...

blog ini d wujudkan setelah mendapat semangat dari kejayaan ijtimak yang sedang berlangsung d Nilai, Negeri Sembilan (negeri kelahiran saya) pada 9,10,11 & 12 julai 2009.

Semoga ijtimak kali ini...menjadi asbab tersebarnya hidayat kpd kita & juga ummat seluruh alam... Sebanyak mungkin jemaah Tabligh dapat d keluarkn dan di hantar hingga keseluruh pelosok dunia utk satu tujuan ----------> menyebarkan agama Islam (edited : HIDAYAH).

Dengan nama Allah....Saya merasmikan pembukaan blog ini utk pertama kalinyer... :)
semoga anda yg melawat blog saya ini mendapat manfaat dr segi pertambahan ilmu juga secara tidak langsung meningkatkan kualiti amaln anda sehari-harian....insyaAllah.
 .