Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, November 13, 2009

~Segala pengharapan hanya kepada Allah SWT~

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan…

tiba-tiba Nabi AS melihat seekor semut sedang bersusah payah berusaha mengangkat sebiji buah kurma.
Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, lantas baginda memanggil si semut dan menanyainya,

“Hai semut kecil, untuk apa kurma yang kau bawa itu?”

Si semut menjawab,
“Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun”

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,

“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah kau ke dalam botol ini. Aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu.…

Baginda Sulaiman as kembali semula untuk melihat keadaan si semut. Baginda hairan melihatkan kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS lantas bertanya kepada si semut,

“hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”

“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. “



sambung si semut lagi….

“Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebiji kurma setiap tahun, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut kalau2 tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut kecil!!”

~Masya Allah...lihatlah sifat yakin si semut kecil pada Allah swt.
sedikit pn si semut itu tidak menaruh harap pada makhluk walaupan pada seorang Nabi.
ini kerana kawan-kawan,
jika kita mengharap walau sedikit kepada makhluk...
pasti dan pasti kita akan kecewa di kemudian hari.

namun...
jika segala pengharapan kita hanya pada Allah swt...
pasti kita tidak akan kecewa
walaupan apa yang kita doa dan pohon..
tidak di tunaikan. kerana perasaan kecewa itu tidak akan melebihi perasaan redha dengan ketentuanNya......

2 comments:

  1. subhanallah..imanku meningkat bila ku membacanya.

    ReplyDelete
  2. semoga dgn usaha sya yg sedikit menjadi asbab tersebarnya hidayah d seluruh alam...Amin.

    ReplyDelete