Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Wednesday, November 4, 2009

~Ini lagi...utk mu wahai Hiasan dunia!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sya bawakan hadis Rasulullah SAW mengenai wanita..

sya juga telh meng'highligtkn' ganjaran2 yg bkal di peroleh oleh kaum wanita jika mereka redha dgn tugasan dan tanggungjawab mereka selaku anak, isteri dan ibu....

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
     
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
     
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
     
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
     
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
     
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
     
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
     
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
     
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

     
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
     
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
     
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

----->> Masya Allah...sungguh beruntunglah kaum wanita yg di tinggikan martabatnya oleh Allah swt melalui kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Ayuh kaum hawa..kita rebut peluang ini...!!

kpd kaum ibu....lihatlah ganjaran utk mu...setiap tegukn susu dari si anak, ia akn mencatatkan satu kebajikan utk mu.
Aduhai..bertapa bertuahnya kamu ibu, pedih yg kau rasa tika menyusukan bayi2mu di berikan ganjaran yg besar.



----->> Teringat juga sya kpd arwah ibu...melahirkan 12 org anak...menyusukn kesemuanya. barangkali, berapa tegukan susu kesemua kami, anak2nya minum?
dan berapa pula lh ganjaran yg engkau terima wahai ibu??

MasyaAllah..klu ku kira2..dgn bantuan kalkulator sekalipn, sehingga pent jari jemari ini menekan2 butang kalkulator ini...
nescaya... belum mampu terjawab oleh ku...

Hanya Allah SWT shaja yg Maha Mengetahui di mana kedudukan mu ibu~~
Semoga arwah ibu ku termasuk dalam golongan org yg di beri nikmat oleh Allah SWT. amin Ya Rabbal Alamin.
Al-Fatihah ~ minta sedeqahnye ye..

2 comments:

  1. Aslm,
    tmbhn lagi, dgrnya tendangan pertama seorg ank dlm kandungan kpd ibunya byrnnya ialah 70x tawaf keliling kaabah padahal ibunya seronok dgn tendangan itu tidak dpt dibygkan dgn kata2, hanya yg sudah mengalaminya saja yg mengerti...
    atas ketaatan seorg isteri terhadap suaminya, ALLAH gantikan dgn ketaatan anak lelakinya kpdnya dimana 3x ketaatan berbanding terhadap bapanya...dan syurga anak lelakinya di bawah tapak kakinya...inilah bayaran ketaatannya pada suami, dan ada byk lagi...
    SubhanALLAH...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam wbt..
    Jazakallah ye atas tambahannya..
    MasyaAllah..begitu banyak rupanya ganjaran2 utk kaum wanita.
    Dengan izin Allah, jika para wanita tahu akn ganjaran2 yg tersedia utk mereka..pasti dan pasti....hal dunia tidak lagi menjadi keutamaan buat mereka...
    minta doanya ye.

    ReplyDelete