Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Friday, November 13, 2009

Habis sudah....Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
tamat sudah final exam sya untuk semester 5 ni.
Dengan izin Allah...
saya hanya perlu bertahan 1 semester je lagi sebelum menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah..hehee

Selepas dari itu...
saya punya banyak rancangan yang telah pun di rencanakan siap2 d kepala.
Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk saya.

Berkata mengenai rancangan...

Alhamdulillah..
ramai yang menyumbangkan idea dan juga syor pada saya berkenaan
apa yang perlu saya lakukan selepas ini
hmm..ada yang bernas
tapi ada juga ideanye yang tidak2 sahaja..hehee



antara cadangan yang di utarakan selepas saya habis nanti.....
kahwin <<------ rangking teratas dari semua cadangan! ape laaa
sambung master <<----- aduhaiii! penat ni..
rehat2 dulu di rumah <<------- ni yang malas ni!
jadi guru ganti dulu <<------- cadangan dari org2 atasn...hehee
terus cari kerja mengikut bidang yang di ambil sekarang <<------- hmm..akan di fikir2kan.
cari peluang utk bekerja sendiri <<------ini yang paling saya berminat!

Namun....rencana saya sendiri bagaimana?? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.. buat masa sekarang, akan saya simpan kemas2.. target saya yang terdekat ni....menghabiskan semester akhir semester hadapan dengan final projek yang akan meninggalkan kenangan manis buat saya sebagai seorang pelajar sains aktuari.

'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

(Surah al-Talaq: 2-3)

Minta doanya ye~~

No comments:

Post a Comment