Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Tuesday, November 10, 2009

~emm......Nikmat dariMU Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah...petang tadi...dengan izin Allah swt, sya mendapat kenalan baru (kalau saudari baca post saya ni, mesti saudari terharu...hehee~~)

Jika saudari terharu dengan post sya...sya pula dgn izin Allah...lagi laa terharu dengan huluran persahabatan dari saudari... ukkhuwah lillahi taala tuu~

Dan petang tadi juga saya mendengar khabar gembira dari kedua orang sahabat sya mengenai berita pertunangan dan pernikahan..Alhamdulillah...

Semoga Allah permudahkan segalanya.... (apabila di pertemukan dengan karkun yang turut sama dalam usaha dakwah~ makanya....asbab bersatunya ikatan pernikahan tersebut dapat menghasilkan rumah2 seperti madrasah kelak~~ amin)

Jadi..bagi meraikan sahabat sya....di doakan untuknya (untuk sya juga laa...hehee) karkun yang sebegini ciri2nya menemani pelayaran hidup di dunia dan akhirat....

emm..puisi ni juga....bagi memenuhi hak seorang teman (ni pn..mesti ade yang terasa...hihi) yang ingin membaca puisi yang sya cipta sendiri tp...puisi di bawah ni, sya rompak entah dari mana....tunggu je la ye dengn sabar puisi karangan sya ....lambat lagi kut akan terhasil sebab sya bukan seorang pujangga!! hehee~~




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya …


amboi2...besar sungguh hasrat...hehee. semoga...sahabat sya (tuan punya diri mesti tersenyum2 membaca post sya kali ini)...sabar menanti kunjungan lelaki idamannya~ yang mana...akan membawanya kelak bersama menjalani kehidupan seperti kehidupan para sahabat...

p/s : awk doaknn untuk saya juga ye~~

6 comments:

  1. amboi2.......tingginya............

    ReplyDelete
  2. eee...pokok pinang lg tinggi dri pokok kelapa..........hehee
    bertambah bert la tugas org tu nk cri karkun yg ada ciri2 kt ats ~ ~

    ReplyDelete
  3. Ya Allah swt, kurniakanlah seorang suami yang sentiasa berusaha dalam agamaMu untuk sahabiah ku..amin,amin,amin ya Rabbalalamin.

    ReplyDelete
  4. amin..amin..amin...Ya Allah...
    Kau perkenankanlh doa sahabiah ku ini :)

    ReplyDelete
  5. ameen.. semoga allah perkenanan doaku juga.

    ReplyDelete
  6. huhu....semua org nmpknye x sbr nk sempurnakan separuh dari agama mereka....
    Ya..moga di perkenankn. Amin Ya Rabb!

    ReplyDelete