Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Saturday, November 14, 2009

Sebelum berangkat pulang.......

Bismillahirrahmanirrahim....

emm....sebelum saya berangkat pulang ke kampung halaman yang tercinta di Gemas, n.9..
saya rasa, saya nak tinggalkn sedikit bekalan buat sahabat2 di blog supaya x kerinduan sepanjang saya bercuti bersama keluarga tersayang...hehee (mcm ade je org nk baca dan rindu2)

InsyaAllah, akhir bulan 12...sya akan memulakan semester 6 saya...
Dan dengan izin Allah, jika sepanjang cuti ni..saya rajin nak menaip..sya akan sediakan post untuk blog sya.
bila dah balik U nanti..saya akan masukkan terus ye... (tunggu saya tau....<--- ee..macam ada je orang yg tertunggu2..hehee)

malam ni..saya nak postkan puisi lagi...... x tahu la kenapa dan mengapa..saya nak postkan puisi je sejak akhir2 ni. mungkin bila balik nanti..lepas dah di zihin oleh abah saya hingga bersih (macam boleh bersih je..selalu nye x..hihii..)....entry untuk yang selepas ni ada perubahan...insyaAllah!


I am a Muslim woman

I am a Muslim woman
Feel free to ask me why
When I walk,
I walk with dignity
When I speak
I do not lie

I am a Muslim woman
Not all of me you'll see
But what you should appreciate
Is that the choice I make is free

I'm not plagued with depression
I'm neither cheated nor abused
I don't envy other women
And I'm certainly not confused

Note, I speak perfect English
Et un petit peu de Francais aussi
I'm majoring in Linguistics
So you need not speak slowly

I run my own small business
Every cent I earn is mine
I drive my Chevy to school & work
And no, that's not a crime!

You often stare as I walk by
You don't understand my veil
But peace and power I have found
As I am equal to any male!

I am a Muslim woman
So please don't pity me
For God has guided me to truth
And now I'm finally free!

by : Jenn Zaghloul_1999


>> et une petit peu de Francais aussi ---->> maksudnye, dan juga bleh sedikit bercakap dalam bahasa Perancis.

hehee....saya juga dengan izin Allah, boleh je berbahasa france ni....(sikit2 jer...)
emm...tapi rasenye kalau tidak d applykn ~ boleh jadi tergagap dan lama kelamaan boleh juga lupa....huhuu..
solutionnya...kena la selalu tengok movie france ni...supaya x nak ilmu tu hilang di telan masa (alasan je..hehee)!

okey...di harapkan entry kali ini dapat bagi manfaat buat sahabat2...
terutamanya pada kaum Hawa laaaa~
kan tajuknye...i am a Muslim woman tuuu......!
sekian dulu..bekalan buat sahabat...

Assalamualaikum....
jumpa kita semester hadapan ye....Insya Allah!
a bientot!

Friday, November 13, 2009

~Segala pengharapan hanya kepada Allah SWT~

Bismillahirrahmanirrahim.



Suatu hari Baginda Nabi Sulaiman AS sedang berjalan-jalan…

tiba-tiba Nabi AS melihat seekor semut sedang bersusah payah berusaha mengangkat sebiji buah kurma.
Baginda Sulaiman AS terus mengamatinya, lantas baginda memanggil si semut dan menanyainya,

“Hai semut kecil, untuk apa kurma yang kau bawa itu?”

Si semut menjawab,
“Ini adalah kurma yang Allah SWT berikan kepada ku sebagai makananku selama satu tahun”

Baginda Sulaiman AS kemudian mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut,

“Wahai semut kemarilah engkau, masuklah kau ke dalam botol ini. Aku telah membagi dua kurma ini dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun. Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu”

Si semut taat pada perintah Nabi Sulaiman AS.

Setahun telah berlalu.…

Baginda Sulaiman as kembali semula untuk melihat keadaan si semut. Baginda hairan melihatkan kurma yang diberikan kepada si semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman AS lantas bertanya kepada si semut,

“hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu?”

“Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak berpuasa. “



sambung si semut lagi….

“Selama ini Allah SWT yang memberikan kepadaku sebiji kurma setiap tahun, akan tetapi kali ini engkau memberiku separuh buah kurma. Aku takut kalau2 tahun depan engkau tidak memberiku kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rezeki (Ar-Rozak), jawab si semut kecil!!”

~Masya Allah...lihatlah sifat yakin si semut kecil pada Allah swt.
sedikit pn si semut itu tidak menaruh harap pada makhluk walaupan pada seorang Nabi.
ini kerana kawan-kawan,
jika kita mengharap walau sedikit kepada makhluk...
pasti dan pasti kita akan kecewa di kemudian hari.

namun...
jika segala pengharapan kita hanya pada Allah swt...
pasti kita tidak akan kecewa
walaupan apa yang kita doa dan pohon..
tidak di tunaikan. kerana perasaan kecewa itu tidak akan melebihi perasaan redha dengan ketentuanNya......

Habis sudah....Alhamdulillah :)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah..
tamat sudah final exam sya untuk semester 5 ni.
Dengan izin Allah...
saya hanya perlu bertahan 1 semester je lagi sebelum menamatkan pengajian saya di peringkat ijazah..hehee

Selepas dari itu...
saya punya banyak rancangan yang telah pun di rencanakan siap2 d kepala.
Semoga Allah swt permudahkan segalanya untuk saya.

Berkata mengenai rancangan...

Alhamdulillah..
ramai yang menyumbangkan idea dan juga syor pada saya berkenaan
apa yang perlu saya lakukan selepas ini
hmm..ada yang bernas
tapi ada juga ideanye yang tidak2 sahaja..hehee



antara cadangan yang di utarakan selepas saya habis nanti.....
kahwin <<------ rangking teratas dari semua cadangan! ape laaa
sambung master <<----- aduhaiii! penat ni..
rehat2 dulu di rumah <<------- ni yang malas ni!
jadi guru ganti dulu <<------- cadangan dari org2 atasn...hehee
terus cari kerja mengikut bidang yang di ambil sekarang <<------- hmm..akan di fikir2kan.
cari peluang utk bekerja sendiri <<------ini yang paling saya berminat!

Namun....rencana saya sendiri bagaimana?? Hanya Allah swt sahaja yang tahu.. buat masa sekarang, akan saya simpan kemas2.. target saya yang terdekat ni....menghabiskan semester akhir semester hadapan dengan final projek yang akan meninggalkan kenangan manis buat saya sebagai seorang pelajar sains aktuari.

'Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya)

(Surah al-Talaq: 2-3)

Minta doanya ye~~

Tuesday, November 10, 2009

~emm......Nikmat dariMU Ya Allah...

Bismillahirrahmanirrahim......

Alhamdulillah...petang tadi...dengan izin Allah swt, sya mendapat kenalan baru (kalau saudari baca post saya ni, mesti saudari terharu...hehee~~)

Jika saudari terharu dengan post sya...sya pula dgn izin Allah...lagi laa terharu dengan huluran persahabatan dari saudari... ukkhuwah lillahi taala tuu~

Dan petang tadi juga saya mendengar khabar gembira dari kedua orang sahabat sya mengenai berita pertunangan dan pernikahan..Alhamdulillah...

Semoga Allah permudahkan segalanya.... (apabila di pertemukan dengan karkun yang turut sama dalam usaha dakwah~ makanya....asbab bersatunya ikatan pernikahan tersebut dapat menghasilkan rumah2 seperti madrasah kelak~~ amin)

Jadi..bagi meraikan sahabat sya....di doakan untuknya (untuk sya juga laa...hehee) karkun yang sebegini ciri2nya menemani pelayaran hidup di dunia dan akhirat....

emm..puisi ni juga....bagi memenuhi hak seorang teman (ni pn..mesti ade yang terasa...hihi) yang ingin membaca puisi yang sya cipta sendiri tp...puisi di bawah ni, sya rompak entah dari mana....tunggu je la ye dengn sabar puisi karangan sya ....lambat lagi kut akan terhasil sebab sya bukan seorang pujangga!! hehee~~




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar

Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tuturkatanya

Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam

Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari berbelanja
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki

Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Di situlah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya …


amboi2...besar sungguh hasrat...hehee. semoga...sahabat sya (tuan punya diri mesti tersenyum2 membaca post sya kali ini)...sabar menanti kunjungan lelaki idamannya~ yang mana...akan membawanya kelak bersama menjalani kehidupan seperti kehidupan para sahabat...

p/s : awk doaknn untuk saya juga ye~~

Monday, November 9, 2009

~hari ini..dengan ujian yg Engkau beri.....!


Bismillahirrahmanirrahim....

Segalanya sakit!!
Dari tubuh badan hingga lah kepada iman. Semuanya tidak sihat..

Bibir menutur redha, tapi dalam hati...Allah swt sahaja yang tahu. Bertapa makhluknya yg sorang ni tidak tahu bersyukur dengan nikmatNya selama ini...


Baru di berikan sedikit ujian untuk menunjukkan kasih sayangNya,
tetapi makhluk yang bernama umu anisah ini....
sudah mengeluh.
sudah mengaduh.
sudah pandai minta untuk di hilangkan segera sengsara..

Aduhai umu anisah....
lemahnya awak ini....
air mata dah di tumpahkan dahulu sebelum mengungkap istighfar...

Aduhai umu anisah..
sudah lupakah awak dengan sakit perit siksaan yang di rasai Bilal bin Rabah di bawah panas teriknya matahari?
jika hendak di bandingkan dengan siksa sakit yang awak rasa hari ini...
aduhai...memalukan!!

Aduhai umu anisah,
jangan la awak bersikap lemah....
kerana...
Allah swt telah memujuk untuk menyenangkan hati awak dalam firmanNya......

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, walhal kamu lah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang2 yang beriman"
Ali-Imran _ 139

Ya Allah...ampuni hamba Mu yang lemah ini. kuatkan hatinya Ya Allah...Kerana Ya Allah, sememangnya Engkau mencipta ku dengan pelbagai kelemahan dan kekurangan, maka dengan limpah kasih sayang Engkau, teguhkan hati ku...

Ya Allah...demi kasih Engkau kepada ku....tunjukkanlah belas kasihanMu kepadaku...amin Ya Rabbal Alamin.

Wednesday, November 4, 2009

~Ini lagi...utk mu wahai Hiasan dunia!

Bismillahirrahmanirrahim..

Sya bawakan hadis Rasulullah SAW mengenai wanita..

sya juga telh meng'highligtkn' ganjaran2 yg bkal di peroleh oleh kaum wanita jika mereka redha dgn tugasan dan tanggungjawab mereka selaku anak, isteri dan ibu....

  • Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".
  • Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
     
  • Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

  • Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
     
  • Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
     
  • Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
     
  • Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
     
  • Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
     
  • Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
     
  • Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
     
  • Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

     
  • Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".
    Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 
  • Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
     
  • Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
  • Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.
  • Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.
     
  • Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
  • Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

----->> Masya Allah...sungguh beruntunglah kaum wanita yg di tinggikan martabatnya oleh Allah swt melalui kekasihNya, Nabi Muhammad SAW.
Ayuh kaum hawa..kita rebut peluang ini...!!

kpd kaum ibu....lihatlah ganjaran utk mu...setiap tegukn susu dari si anak, ia akn mencatatkan satu kebajikan utk mu.
Aduhai..bertapa bertuahnya kamu ibu, pedih yg kau rasa tika menyusukan bayi2mu di berikan ganjaran yg besar.



----->> Teringat juga sya kpd arwah ibu...melahirkan 12 org anak...menyusukn kesemuanya. barangkali, berapa tegukan susu kesemua kami, anak2nya minum?
dan berapa pula lh ganjaran yg engkau terima wahai ibu??

MasyaAllah..klu ku kira2..dgn bantuan kalkulator sekalipn, sehingga pent jari jemari ini menekan2 butang kalkulator ini...
nescaya... belum mampu terjawab oleh ku...

Hanya Allah SWT shaja yg Maha Mengetahui di mana kedudukan mu ibu~~
Semoga arwah ibu ku termasuk dalam golongan org yg di beri nikmat oleh Allah SWT. amin Ya Rabbal Alamin.
Al-Fatihah ~ minta sedeqahnye ye..

Sunday, November 1, 2009

* Menggembirakan anak perempuan *

 Bismillahirrahmanirrahim..

Menjadi kebiasaan sya jika blik ke rumah (kmpg ler..maklum la dh duk d bandar lama..hehe) dri kampus, sya akn membawa sedikit buah tangn utk adik2 perempuan sya di rumah. x kira la, maknn ke, barang hiasan @ ape2 shaja.. pasti ada wlupan x seberapa..

Berdasarkan hadis ,Rasulullah s.a.w. bersabda:

‘Sesunggubnya amalan yang sangat dicintai Allah selepas melakukan ibadat fardhu oleh hambanya ialah mengembirakan hati saudaranya sesama Islam’ (Riwayat Baihaqi)

'Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.'

'Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.'



Teringat satu ketika dulu….

Sya pulang ke kmpung menaiki keretapi dr KL sentral terus ke pekan Gemas..dan abah sya akn menunggu di sana utk jemput pulang ke rumah (jauh kampg dri pekan hampir 10 km..main teka jer…hehe).

Setelah bersalamn dan bertanya kabar, kami berjaln ke arah kereta. Niat di ati dri dlm keretapi lg nak mengajak abah ke kedai buah2an (tujuannye mesti la nk beli buah….hihi~ x ada ape nk beli di KL sentral!) utk di jadikn ole2 buat adik2 di rumah tapi terlupa sbb abah berucap panjng..huhu (maklum la..anak nye ni la yg jarang pulang ke rumah jika nk di bandingkn anak2nya di U lain….hehee)

“umu dah solat asar?”…tiba2 abah bertanya. sya thu..mesti abah nk ikram berhenti di masjid berdekatan dgn stesen. “Dah bah.! tdi wat solat jamak takdim di KL Sentral.”

“Nak g mane2 tak? @ nak terus balik?” tibe2 abah bertanya ….”emm..nak g beli buah bah. x beli ape2 utk budak2 di umah (amboi..gne pekataan budak utk adik2..mcm diri dh besr sgt..padahalnye adik2 yg ade di umah tu lg besr dri sya..hehe)

“tak payah la…budak2 kat umah tu, abah beli buah..tak bermakan. ada lg dlm peti ais tu”

hmm…sya diam je tnda OK. tp dlm ati mcm tak sedap jer..ye la, sya balik nnt mesti adik2 smbut tangan dan beg di halamn rumah..tak kn itu je..huhu

Kereta terus meluncur keluar dri pekan….

Tiba2 abah masuk satu simpang…aik, ni nak g ke rumah abg sulung ni. rupa2nya abah nk g ke pasaraya G-Mart yg betul2 letaknya di hadapan rumah abg..

Di sana, abah menyuruh sya memilih bahan mentah utk di masak mlam nnt. juga menyuruh sya mengambil buah..hehe..sya tersenyum dan cepat je tgn sya mencapai buah epal besar (selalu sya panggil epal fuji..). sya thu..adik2 sya suka mkn buah yg satu ni..

Rupa2nya abah dapat membaca keresahan hati sya…lalu abah menunaikn sifat ikramnya..<--- Jazakallah abah!

sya lihat abah mengambil ais krim magkuk besar juga kon ais krim 2 kotak.. (kegemaran kami satu keluarga tu)

puas ati sya dpt juga bwa buah tangan utk org2 umah walaupn bukn gne duit sendiri..hehee..


 
uikss..x tutup aurat!


Sampai di rumah..seperti yg di jangka, adik2 menymbut kepulangn kakk mereka yg satu ni.. sambil mereka menymbut beg dan barang2 yg kami beli… terus je abah kata “haa..ais krim tu kak umu belanja ye”melirik ke arah sya smbil tersenyum...

“Terima kasih kak umu..syang kak umu” secara serentak adik2 sya menymbut..sya apelgi..senyum lebar jer la..hehe. ibarat lembu punya susu, gembala dpt nama…!

(Abah perbuat seperti hadis2 di atas, mengembirakan hati anak2 perempuannya --> Semoga usahanya mendapat pahala amalan di sisi Allah swt..amin)

tibe2 adik bongsu sya menjerit suke ketika mengemas barng2 tersebut di ats meja…”yee..bestnye buah epal fuji!”. terus sya menyahut..”aik, abah kata korng dh tak suka makn buah?”

“bukan kitaorng x suka…cuba kak umu tgok dlm peti ais ada buah apa…buah yg abah suka la..asyik2 abah beli buah yg sama je. pening kitaorng makn”



Sya tersenyum mendgr luahan hati juga lawak adik sya tu dan dalam hati sya dpt mengagak buah ape…terus melihat di dalam peti ais, kn betul……buah oren! hehee… abah..abah…:p

~Sesungguhnya berbanggalah kamu wahai muslimah menjadi seorang wanita iaitu anak perempuan kpd ayah kamu~

sebaik2 perhiasan di dunia, adlah wanita solehah!

maka usahakan juga diri mu menjadi seorang anak yg solehah!

Saturday, October 31, 2009

~Sunnah Orang Berjuang~

Bismillahirrahmanirrahim.. 

ermm..waktu2 exam begini byk plak masa sya menulis di blog..huhu
bkn ape...ruang masa antra paper panjg sgt, jd..sementara nk memulihkn tenaga utk menelaah kembali..elok lah sya bersantai2 d blog ni...(walaupn pda hakikatnya..bersantai2 d atas hamparan sejadah itu lebih baik..huhu)
 
sambil2 wat kira2 yg x dpt2 solutionnya..huhu (penat tul nak mengira!~ leh d katakn semua subjek yg sya ambil kne memegang kalkulator @ otak jepun bak kata org2 tua di kampung sya..hehe)..sya memasang lagu2 nasyid d laptop ---->> agr sya x kebosanan meng'apply' satu persatu method juga melompat dr stu formula ke formula lain bg menyelesaikn calculation problems nie..

tibe2...

lagu yg menggambarkn criteria seorang pejuang agama berkumandang dri Nada Murni
terus pena d tangan menari laju menulis bait2 lirik lagu tersebut d sebelah solution calculation yg masih terbengkalai...hehee

Sudah sunnah orang berjuang
mengembara dan berkelana
miskin dan papa jadi tradisi
berenggang dengan anak dan isteri

biasanya para pejuang
rumah mereka merata-rata
rezekinya tidak menentu
tidur baringnya tak berwaktu

orang lain membuat harta
tapi dia membuangnya
orang lain kawan terbatas
tapi pejuang, kawan merata
orang lain musuhnya kurang
pejuang musuh tidak terbilang

tidak kurang yang sayang padanya
orang lain mati di lupa
para pejuang tetap di kenang
sejarahnya di tulis orang

makamnya sentiasa di ziarahi
walau perjuangan tidak berjaya

....sudah sunnah orang berjuang.....


bila dgr je lagu ni..terus teringat perjuangan abah dalam dunia dakwah... (Tabligh)
walaupun abah tidaklah josh sgt sprti lirik lagu tu..
tapi..jazbah abah dalam usaha atas iman ni bukan alang2..(bg sya sbagai anak)

Semoga jazbahnya itu berjangkit dan merebak sprti virus dalam diri anak2nya juga keturunannya kelak...Amin..

Semoga kesusahan dan kepayahan yang kami pikul tika membuat usaha....
menjadi asbab tersebarnya hidayah kepada makhluk seluruh alam..

amin..amin..amin..Ya Allah..amin Ya Rabbal Alamin~

Friday, October 30, 2009

Tajamkan pedang mu !!

Bismillahirrahmanirrahim.

ermm..sekrng musim exam student U. di Uitm ni, semua student sbuk memegang buku ke hulu ke hilir (mcm la sepnjg sem x pegang buku ke hulu ke hilir..hihi)
klu di kolej kediaman sya ni...smpai ke subuh diorng stdy x tido2..(josh betul!)..leh nmpk diorg bejln d level ke hulu ke hilir gak membawa buku..



dimana2 saje ada study group...d bawah pokok, bustop, cafe2 juge pondok2 rehat di sekitar U.

Nak di gambarkn kt cni bhawa bertapa cbuk la seluruh Uitm dgn buku2...libry2 yg ktorng panggil PTAR, semuanye penuh dgn makhluk2 yg gemarkn buku (time exam je tu..), x kira ler secara individu yg menyorok menyepikn diri d celah2 rak buku mhupn secara group yg mengganggu pendengaran memenuhkn meja2 di dlm libry..

sya plak...lebih selesa menyepikn diri di dlm bilik...(huhu..lg best~ klu ngntuk leh terus tido~)
klu nk berbincang ngn kwn2 pn..gne YM jer...ilmu di hujung jari lerr..(pemalas! :p)

Dlm pada cbuk2 wat persediaan utk meghadapi exam ni, sya smpai terlupa utk print slim exam dri student portal yg mane slim tu mcm tiket le utk kita mengambil exam nnt!
aduhai..umu..umu..benda penting pn leh lupe!

Jdi..mlm seblm exam tu bru kelm kbut nk mencri printer (printer sendiri hilang akhir sem lepas..huhu)
terus ke lab komputer d kolej utk 'memerint'(btl2 seblh bilik sye je..hehe..ye2 je kata klm kbut)..



Alhamdulillah...paper first pn dh berlalu...skrg sya sdg maju berjuang utk bersemuka dgn paper kedua iaitu Technopreneurship! hehe

InsyaAllah, akn sya pastikan pedang yg di tempa ckup kukuh dan tjam sebelum terjun ke medan jihad!
minta doanye ye... ^_^

Thursday, October 29, 2009

Ukhuwah ini......biar berbeda kepercayaan...

Bismillahirrahmanirrahim....

Ari tu sy on YM......

tibe2...
ada kwn sek dulu meng ADD sya~ Hem.(seorng rkn baik non-muslim d sek men. dulu)..

terkejut juga sya....ble d fikir2, mcm ne dia leh dpt alamat email sya..oohh..bru la sya teringat kembali yg kami terserempak d stesen keretapi Gemas semasa hendk pulang ke pusat pengajian masing2 dri cuti raya ari tu..

siap bergambar n bertukar2 email lg di sane seblm masuk ke couch masing2...hehe.. maklumlah dh lama x berjumpa.

maka terjadilh perbualan ringkas antra sya & Hema di YM..

Buzz...

Hema : Hi umu..

Umu6point : Hi hema....ma, (gne name manja utk lebih mesra..hihi) rindu laa..tgh wat pe?

Hema : rindu kt ko gak. tp aku yg hubungi ko dulu..ble lg nk balik Gemas? aku tgh bce note. ko wat pe? x de class?

Umu6point : hmm...baru nk mandi..tbe2 ko buzz..huhu umu dh nk final exam ler.. x de kls dh..dri pgi mengdp buku n lptop ni je...

Hema : ulat buku! ari ni aku demam. so, dpt cuti dr doc..awalnye ko mandi? bile strt exam?

Umu6point : tu dulu....huhu eh..kesiannye kt ko..abis tu dh makn lum?
agknye ko stdy kuat sgt kut..bkal ckgu la katakn..hehe umu nk solat asar la..kne la bersih2.
(jam menunjukkn kul 4.10)
strt exam esok daa...

Hema : huhu...aku makn ape yg ade dlm bilik ni je..mls nk kuar..gud luck tuk exam. hmmm..ko nk asar ye...?

Umu6point : iye..(alamk...nk mandi cpt ni....nnt x smpat awal wktu..~dlm ati je)..mcm ne duk maktab? (sekadar berbasa basi sblm mintk kebenaran nk off chat, rse bersalah gak klu kuar awal...huhu)

Hema : aku ok jer..tpi byk rules..aku x suka la...yerkk..mcm bdk sekolah je..dorng ni..bla..bla..bla..

Umu6point : (adoi..pnjg plak minah ni membebel..asar dh dekt ni)..hmm..iye. dh rules..kita kne la ikut. (sya mengiyekn aje..hehe)

Hema : (tibe2 je dia stop)...eh..td ko kata nk mandikn? g la mandi dulu...nnt lmbat plak ko asar.

Umu6point : (terkejut sya mendengar percakapn dia...ntah sjk ble dia thu time yg tept masuknye wktu solat hingga mengingatkn sya pula utk segera mandi..huhu)
huhu..ye la..nk g la ni..ko la.. pnjg sgt aytnye..hehe

Hema : haa..g la. lain kli kita borak lg..gud luck tuk exam eekk.

Umu6point : k...tq...syg ko ma *smiley kiss*

>> hmm...mcm tu la lebih kurng perbualn kami....seblm sya kuar bilik..smpat sya mengerling d skrin laptop..
ada balasan dri Hema...

Hema : masih??

hehe...sya tersenyum...n tidk membalas pertanyaannye..terus melangkah ke toilet dan menjawab di dlm hati

"iye..masih..krn engkau sahabatku dan aku ingin sekali membawamu berkumpul bersama2 golongan ummat islam d akhirat kelak....aku syangkn engkau krn Allah swt ma.."




Hemamalathi a/p......salah seorng kwn baik non-muslim waktu sek menengah dulu... antara byk2 kwn non-muslim sya, dia lah yg paling gemar memprovok sya mengenai Islam..

Kadang kala malas juge sya melayannye..dan kadang kala pula, perbualan kami bertukar menjadi serius dan tegang tetapi tidak lh sampai berputus sahabat...

kadang2..hal yg kecil pn dia bleh kaitkn dgn Islam, walaupn sebenarnya kesilapn2 kecil yg sya lakukn itu tidaklah logik utk menggambarkn Islam secara keseluruhannya...huhu (silap sya juga..x berhati2)

Kami juga sgt terbuka bilamana membicarakn kepercayaan & juga amaln agama masing2...x perlu menjaga hati...cuma perlu lontarkn sahaja pendapat masing2 dgn sepenuh ati... (maklumlah..x sek agama..main belasah jer bila berkata time berdakwah... Alhamdulillah berkat didikan agama dr klrga meng'guide' sya dri menuturkan perkara yg selainnya dri kebenaran) kemudian perkara yg d bincangkn akn berakhir d situ juga.

itu bg sya..tidk bg Hema....rupanya dia akn mengingat akn fakta2 yg sya kluarkn mengenai Islam..waa...@_@

Jika ada waktu dan kesempatan, pasti shaja dia akn memulakan topik perbincangn mengenai agama. Yang paling best, dia akn menggunakn fakta2 yg sya pernah kluarkn dulu utk menyerang sya kembali...huhu..
kadang2 dahsyat juga dia ni...*_*

Sya kurang pasti knapa dan mengapa dia bersikap sedemikian.. mugkin....

1. kerana berminat dgn islam? (Alhamdulillah..)_jika benar..akn sedaya sya utk membantunya..

2. sja nk menunjukkn kebenciannya pada agama yg sya anuti? (Astarghfirullah...)_semoga Allah memberinya petunjuk & hidayah....


3. @ hanya sekadar menambah pengetahuan mengenai agama2 d Malaysia ni? hehe..(kata 1 Malaysia..^_^)


Tetapi...apabila melihat perbualan antara sya dan dia di atas.. sya dpt merasakn sesuatu yg positif sedg berlaku ke ats dirinya mengenai Islam, setelah kian lama kami terpisah....hampir ..4 thun.!.jika benar telahan sya...Alhamdulillah...Segala puji bagi Mu Ya Allah...

.~Ya Allah, Kau kuatkn hati sahabatku utk menerima agama Mu. Sesungguhnya Hidayah itu kepunyaan Engkau..maka Engkau berhak memberinya kepada sesiapa yg Engkau kehendaki ~


Saturday, October 24, 2009

Insuran & Tawakkal

Assalamualaikum semua

.... hehe..mcm ckgu plak!

Sudah lame rasanya x update blog ni...
hmm...x bleh d biarkn..walau sedikit...ILMU yg diperoleh harus juge d kongsi bersama..
~Beramal dgn Ilmu~

Oleh krn tidk mengamalkn ilmu yg d peroleh, makanya....sya hmpir2 kehilangn ilmu insuran & tawakkal yg d bekalkn oleh abah satu ketika dulu...

Maghrib td...tgh belek2 Quran...tiba2 dgn izin Allah..
sekeping kertas kecil terjatuh dri celahan lembaran kitab suci ni...

"Ya Allah".....hati berdetik...
Subahanallah...Allahuakhbar....Alhamdulillah...

catitan comel d atas kertas yg d potong comel tertulis...

Doa tawakkal ~
Lakod ja akum rasulumin an fusikum.
Doa Insuran ~
Astaudiullahu dinaka wa ama nataka wahuwa tima a'malik.

Aduhai...bertapa ruginya sya selama ini tidk mengamalkn ilmu yg di smpaikn kpd sya.. tidk thu knp juga mengapa sya tidk mengambil berat catitan yg di lakukn sendiri oleh sya d hadapan abah...

(Natijahnya...sya lupa akn maksud2 ayt di atas...... :( . Harap ada yg sudi membantu sya menerangkn maksd ayt2 di atas seblm sya sendiri bertanyakn kembali kpd abah...huhu..gementarnye..)

Namun...sya bersyukur..
Allah menunjukkn kembali catitan ini kpd sya utk sya amalkn pada saa2t yg sgt sesuai di mana sya akn menduduki final exam semester 5 akhir bln oktober ni..
(minta doanye ye..)

Semoga...doa insuran & tawakkal ni dpt sya amalkn smpai bila2...
tidk kabur di mamah usia dan tidak pula lalai dlm meyampaiknnye...amin!

Monday, September 28, 2009

Kehebatan Ayat Kursi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari Anas bin Malik r.a. berkata,

"Rasulullah S.A.W bersabda :

"Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur'an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia."

Berkata Anas bin Malik,
"Ya Rasulullah, apakah hendak dibaca setiap hari?"

Sabda Rasulullah S.A.W,
" Tidak, cukuplah membacanya pada setiap hari Jumaat."

Umat-umat dahulu hanya sedikit sahaja yang mempercayai rasul-rasul mereka dan itu pun apabila mereka melihat mukjizat secara langsung. Kita sebagai umat Islam tidak boleh ragu-ragu tentang apa yang diterangkan oleh Allah dan Rasul. Janganlah kita ragu-ragu tentang al-Qur'an, hadis dan sunnah Rasul kita. Janganlah kita menjadi seperti umat yang terdahulu yang mana mereka itu lebih suka banyak bertanya dan hendak melihat bukti-bukti terlebih dahulu sebelum mereka beriman.

Setiap satu yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W kepada kita adalah untuk kebaikan kita sendiri. Rasulullah S.A.W menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Kehebatan ayat ini telah ditearngkan dalam banyak hadis. Kehebatan ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni

>> untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Begitu juga dengan surah al-Falaq, surah Yasin dan banyak lagi ayat-ayat al-Qur'an yang mempunyai keistimewaannya. Setiap isi al-Qur'an itu mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Qur'an, hadis Nabi dan sunnah Baginda S.A.W. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan.


Menangislah kerana takutkan Allah swt..

Bismillahirrahmanirrahim..



Rasulullah S.A.W telah bersabda,

"Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata,

"Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah S.W.T.
Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut."

Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah S.W.T berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."

Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali,

lalu malaikat Jibril berkata,
"Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W"

Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S.
"Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." 

Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.

Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S.
 "Wahai Jibril, Apakah air itu?" 

Maka Jibril berkata, 
"Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W,
" Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Thursday, September 10, 2009

Makna Ramadhan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Rata2 kita bila di tanya apakah itu Ramadhan??

Pasti ada yg akn menjawab...
>> salah satu bulan islam
>> bulan di mana kita di wajibkn berpuasa dan membayar zakat
>> bulan di turunkn Al-Quran
>> bulan di mana selepasnya kita menyambut Syawal...

dan banyak lagi......

Tapi, adakah kita faham maksud Ramadhan itu sendiri??

>> Asal di namakan Ramadhan di ambil dari perkataan "al ramadhan" yg bermakna bersangatan panas...
>> Masyarakat Arab apabila mereka hendak menamakan sesuatu, ia akan disesuaikan bulan tersebut dengan keadaan yg berlaku pada bulan tersebut.
>> Oleh kerana ketika hendak menamakan bulan Ramadhan itu keadaannya sanagat panas, maka dinamakannya Ramadhan.....

(sumber : 100 persoalan puasa oleh Ustaz HajiAzhar Haji Yahya)




oleh itu sahabat.....
janganlah kita berkeluh kesah jika sepanjang kita menjalani ibadah puasa ini, pelbagai ujian fizikal seperti panas terik matahari yg kita perlu hadapi apabila melakukan aktiviti harian di bulan Ramadhan ini.... 
 
" Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan Allah swt, di ampunkan untuknya dosa-dosa yg lalu"

Friday, August 21, 2009

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan......

Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani..
Selawat & Salam buat Nabi Junjungn..Baginda SAW..
Para sahabat & sahabiah r.ah...

Ramadhan kembali lagi...buat sya...anda..juga makhluk seluruh alam...
" inilah bulan yg pada permulaannye membawa kerahiman Allah swt, d pertengahnnye memperolehi keampunanNya dan d akhirnye mendapat kebebasan daripada api neraka Jahannam "

Bagaimana persediaan kita? sya....anda...juga org d sekeliling kita??
" jika ummatku menyedari apa itu sebenarnye bulan Ramadhan sudah pasti mereka akan mengharapkan bahawa seluruh tahun itu sepatutnye menjadi bulan Ramadhan "

Keistimewaannye kepada kita......sya..anda..juga pada hati2 yg merinduinya..
" Berpuasa di bulan Ramadhan dan berpuasa tiga hari di tiap2 bulan menjauhkn hati daripada kemaksiatan "




Dengan izin Allah...mungkin ini ramadhan terakhir sya d universiti....bersahur, iftar, berterawih, bertilawah....bersama teman2 seuniversiti.

Aduhai....mungkin krn ini ramadhan terakhir..Allah menguji sya...
punya jadual kuliah yg berderet2 di waktu malam....
bagai mahu menguji sejauh mana sya sanggup menjaga amaln yg tiada selain hanya ada d bulan Ramadhan ini sahaja...iaitu..
TERAWIH....
~Ya Allah, berikn aku kekuatan krn tanpa pertolongan Engkau Ya Allah..aku adlh hamba yg lemah~

Teringat sya seketika...ketika menggenggam erat tangn abah sambil mencium pipinyer ketika hendak pulang ke kampus...abah sempat berpesan..
"jaga amal"
tidak pula abah mengingatkn "belajar sungguh2", "berhati2"..tidak....abah hanya mengungkap 2 patah perkataan sahaja..."jaga amal"

mengapa?? jika nasihat abah sya itu di lihat ketika di dlm bulan Ramadhan....
sabda Rasulullah saw....
begini bunyinyer--->> amalan2 nafil yg di lakukan di dalam bulan Ramadhan akn d ganjarkan dengan sebanyak amalan fadhu yg di lakukan pada bulan2 biasa, sementara amalan fardhu di dalam bulan Ramadhan akan di ganjarkn dengan 70 amaln fardhu pada bulan2 lain...
MasyaAllah.....
Dengan menjaga amal kita....termasuk menunaikan sifat ikram sesama muslimin..
maka Nabi saw bersabda lagi,
----->> barang siapa meringankn bebanan ke atas hamba2Nya, di dlm bulan ini, Allah akn mengampuninya dan membebasknnya daripada azab api neraka Jahannam.
maka saudara2 ku...ayuh....
siap siaga diri anda ke medan perang nafsu...
kala perang berkecamuk jgn biar diri anda mudah rebah
pertahankn maruah
jgn sesekali mudah menyerah....

~selamat beramal~
^^

Sunday, August 2, 2009

Sisipan Doa Ku...


Bismillahirrahmanirrahim...




Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..


Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu..



Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padamu..


Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merinduiku syahid semasa keluar dijalanmu..


Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlan kenikmatan itu melebihi kenikmatan bersamaMu pada dua pertiga malam...


Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu, jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam pejalanan panjang menyeru manusia kepadaMu..


Ya Allah, jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanyasanya kepadaMu...


Amin.......


 
kenapa ye....kita risaukn soal jodoh?? kenapa ye sibuk2 kita berdoa utk itu...??

jawab saya.....


ini kerana jodoh kita, bakal menemani kita mengharungi perjalanan hidup yg sementara menuju kepada kehidupan yg kekal abadi selama2nya d sana...

kerana....jodoh kita itu boleh menjadi asbab baik buruknyer amalan kita...

kerana....kebiasaannya, apabila baik jodoh yg kita peroleh maka baik juga lah kehidupan bahtera rumah tangga yg terbina...

** maka Ya Allah, ku bermohon kepada Mu...segala pengharapanku hanya kepada Mu dlm menentukan jodoh Ku...

~amin~


Sunday, July 19, 2009

Senyuman Ku

Bismillahirrahmanirrahim...

ermm..indah sungguh jika ukkhuwah itu lillahi Taala....
Senyuman keriangan mengorak gerakan bibir..
X hilang dlm detik waktu yg berlalu...
terus mengulang-ulang kalimah Alhamdu...
Segala pujian atas Limpah kurnia yg Kau berikan Ya Allah..

Jazakallahukhaira buat saudara Pianed kerna menjadi Followers pertama sya..
Juga buat saudara scofield..yg juga menjadi org pertama 'mengepost' short msg kpd sya..
~(sebenarnye..kedua d ats org yg sama)

nampaknye....kekangn masa juga tugas sebagai seorang pelajar membataskn sya memulakn penulisan. Buat sementara ni..blog sya akan kekeringan bahan...
keletihan melilit setiap tulang belulang....
Aduhai...ape ptut sya lakukn?
Agar tidak terasa segala tanggungjwb sebagai beban???

Sunday, July 12, 2009

Ijtimak.....Nilai n.9

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah....dgr kabarnye ijtimak berakhir sebaik sahaja usai solat zhor ari ini (12 julai 2009). Tak sabar rasenye nk mendengar Karguzari dari Abah & saudara lelaki saya yg turut menghadari ijtimak kali ini, maklum lah...bukan senang program seumpama ini nk di adakn lg. Ijtimak terakhir yg pernah di adakn di Malaysia pn pd 27 thun dahulu.....time tu..saya pn x di lahirkn lg.

Terfikir juge...bagaimanakah sambutan ijtimak ketika itu....adakah ia diadakn sebesar sambutan ijtimak pada thun ini?? tetapi yg pastinye, ketika itu kira2 5000 jemaah sahaja yang hadir. Mungkin itu adalh angka yg besar jika nk di bandingkn dengn kemudahan yg ada sprti tempat tinggal dan juga penganggkutan pada ketika itu.

Melalui berita, untk ijtimak kali ini kira2 200 000 jemaah berkumpul termasuk lah jemaah dari China, Indonesia, India dan juga Bangladesh.
Subahanallah...dengn izin Allah, mereka ini berkumpul kerana mereka ada fikir risau ttg ummat.

Entah ble la sya berkeluangn masa utk balik ke kampung mendegar karguzari ijtimak terus dari Abah.
Mungkin saya akn dptkn karguzari ijtimak ni dari internet terlebih dahulu.
Harapnnyer, semoga pencarian saya menemukan berita yg baik2 sahaja mengenai kejayaan ijtimak ini. Jika ada yg kurng, jadikn ia pengalaman utk di perbaiki pada masa hadapan dan bukn pula utk di hebah2kn....


-amin-

Saturday, July 11, 2009

Solat Jumaat terbesar di Negeri Sembilan


NILAI 10 Julai - Masjid Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), dekat sini mencatat sejarah tersendiri apabila lebih 200,000 jemaah menunaikan solat Jumaat.


Kehadiran ratusan ribu jemaah itu merupakan sebahagian besar umat Islam dari seluruh dunia yang hadir sempena Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia yang berlangsung selama tiga hari berhampiran masjid berkenaan.


Turut sama menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan ialah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Luar Bandar, Hal Ehwal Pengguna dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Hasim Rusdi.


Mohamad dalam ucapan ringkasnya sebelum khutbah Jumaat berkata, beliau mengalu-alukan kehadiran jemaah tabligh ke negeri ini yang berhimpun dengan satu entiti untuk menyebarkan syiar Islam.


''Saya bagi pihak rakyat Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih. Saya bersyukur kepada Allah kerana dapat bersama-sama jemaah Tabligh dan berharap perhimpunan ini akan dapat meneruskan dakwah Islam kepada seluruh umat.


''Malaysia sebuah negara yang aman dan mengamalkan sikap terbuka dalam soal agama. Perhimpunan ini adalah bukti bahawa kebebasan untuk berdakwah, tidak seperti negara lain yang tidak bebas untuk menjalankan penyebaran agama Islam," katanya.


Mohamad berkata, solat Jumaat yang berlangsung di sini dengan kehadiran jemaah lebih 200,000 orang merupakan terbesar di Malaysia sekali gus menunjukkan kekuatan umat Islam sejagat.


Ijtimak (Perhimpunan) Dakwah Tabligh Sedunia ini menghimpunkan jemaah daripada China, India, Pakistan, Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan sebagainya.


Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi ijtimak mendapati ratusan ribu umat Islam berpusu-pusu mengerjakan solat Jumaat dan keadaan menjadi sesak apabila mereka beredar meninggal masjid untuk kembali ke khemah yang disediakan berhampiran masjid berkenaan.


Kehadiran jemaah tabligh ini juga antara lain melibatkan aktiviti keagamaan seperti perbincangan, syarahan dan pengajian ilmu.


Dalam pada itu Ali @ Ma Jian Ming, 24, seorang jemaah China dari wilayah Ninsha berkata, dia akan berada di ijtimak ini selama 10 hari dan hadir bersama-sama 200 jemaah tabligh dari negaranya.


Syamsuri Tumirin, 24, jemaah dari Jawa Timur, Indonesia pula menjelaskan, perhimpunan ini mendidik dan mengajar beliau menjadi seorang muslim yang memahami ajaran Islam.



Bisikan Masthurat...

Bismillahirrahmanirrahim...

ermmm….x kan kami sanggup melepas & membiarkn sang bidadari syurga merampas milik kami dengn sewenang2nyer..

Biar harta dunia berkurangan, asalkn ia d belanjakn atas jalanNya


Biar kami terabai, asalkn si dia x mengabaikan usaha agama


Biar kami mengurus istana sendirian, asal fikirnya sentisa krn agama, x mengapa



Biar kami d tinggal2kn, asalkn pemergiannya krn ummat tercinta


Biar kami sedikit kesusahan d dunia, krn mengejar ganjarn akhirat kami rela


Biar seksa melahirkn kami rasa, asalkn lahirnya para da’ie, kami redha






Biar segala urusan dtg menduga, malam markaz dan ghash x kn kami biarkan si dia leka

Biar kesempitan masa bersama, mesyuarat mingguan kami pastikn si dia ada


Biar sibuk dgn urusan dunia, insyaAllah amalan sunnah di rumah sentiasa kami jaga


Biar si dia syahid tika menyebarkan agama, insyaAllah kami sentiasa sedia terima


Biarkn segala kepahitan perjuangan di telan bersama..demi Allah, segalanya di rasa sprti gula..


Bila kami redha & rela, kelak 500 thun persiapan kami lakukn menunggu suami tercinta d syurga..



p/s; doa2knlah kami ahlia & bakal2 ahlia da'ie ni menjadi pembantu @ bukan pula pelemah si suami utk berdakwah....amin




D mulakn dgn Bismillahirrahmanirrahim..

Dengan izin Allah...

blog ini d wujudkan setelah mendapat semangat dari kejayaan ijtimak yang sedang berlangsung d Nilai, Negeri Sembilan (negeri kelahiran saya) pada 9,10,11 & 12 julai 2009.

Semoga ijtimak kali ini...menjadi asbab tersebarnya hidayat kpd kita & juga ummat seluruh alam... Sebanyak mungkin jemaah Tabligh dapat d keluarkn dan di hantar hingga keseluruh pelosok dunia utk satu tujuan ----------> menyebarkan agama Islam (edited : HIDAYAH).

Dengan nama Allah....Saya merasmikan pembukaan blog ini utk pertama kalinyer... :)
semoga anda yg melawat blog saya ini mendapat manfaat dr segi pertambahan ilmu juga secara tidak langsung meningkatkan kualiti amaln anda sehari-harian....insyaAllah.
 .