Ingatan Kepada Penziarah...

Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Saya merupakan seorang hamba Allah swt dan ummat Muhammad saw yang punya pelbagai kekurangan dan juga banyak kelemahan...

Saya juga seorang yang sangat kurang ilmu dan bukan ahli di dalam agama...makanya kini, saya sedang belajar lagi dan lagi semampu dan sedaya saya...

Oleh itu, ingin saya tegaskan..saya bukan seorang ustazah (jadinya jangan di soal saya bab berkenaan agama).
Bukan juga hafizah dan jauh sekali alimah...
(makanya saya bukan pakar bab hadis, dalil dan apa jua untuk menentukan sebarang hukum)....

Maaf andainya, saya tidak dapat menjawab persoalan penziarah di blog ini, YM mahupun email...

Syor saya....carilah orang yang betul2 alim berkenaan setiap bidang ilmu agama ini..

sekian... selamat beramal ^^


~Da'ie Dunia Akhirat~

Monday, December 17, 2018

Sebelum berakhirnya tahun 2018 ~

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt,

Ingin mencoret sedikit cerita di sini yang tanpa sedar banyak perkara penting umu biarkan berlalu tanpa dicatat buat kenang-kenangan.

24 Disember 2016
Hari duka buat umu sekeluarga.
Allah SWT menjemput kembali arwah abah (al-fatihah buat mu abah) ke pangkuanNya.
Setelah 62 tahun abah bermusafir di bumi Allah SWT dengan kudrat dan keringat yang tidak sedikit di tumpahkan untuk keluarga dan agama.
Semoga Allah SWT terima amalan baik sepanjang hidup abah.
Allahumma amin...
Ingatan buat arwah mak & abah akan sentiasa kuat di hati umu.


25 Ogos 2017
Hari bahagia menatap zuriat ke 4 bagi umu dan suami.
Ahmad Yusuf bin Muhammad Ishak.
Kehadirannya mengubati kesedihan umu atas kehilangan arwah datuknya
Tiada jodohmu wahai anak bertemu atuk janggut.
InsyaAllah, semoga kita dapat berkumpul & berjumpa di syurga Allah SWT kelak.
Allahumma amin...
Alhamdulillah, Yusuf sudah pun berusia 1 tahun 5 bulan.


18 Disember 2018
Menjejak 8 tahun pernikahan bersama suami, Allah swt memberikan amanah 2 putera & 2 puteri untuk kami didik dengan amalan agama. 
Bukan mudah. 
Kerana dengan suasana sekarang, fitnah dunia hanya di hujung jari sahaja. Wasiat Rasulullah SAW, bukan sahaja berpegang teguh pada sunnahnya malahan Baginda tekan kan lagi dengan menggigitnya dengan garham. 
Allahu.. 
Semoga dengan limpah kurnia dan keizinan dari Allah swt jualah tempat kami memohon pertolongan.

  “Dan (hamba-hamba ar-Rahman adalah) mereka yang mengatakan: ‘Ya Tuhan kami! Anugerahkan kepada kami, isteri-isteri dan keturunan kami yang akan menjadi penyejuk mata kami, dan jadikanlah kami sebagai pemimpin untuk orang-orang yang bertakwa’. Al-Furqaan: 74



Wednesday, February 24, 2016

sepintas lalu :)


Bismillahirrahmanirrahim..



Alhamdulillah..
sekejap masa berlalu..
ummu maryam memasuki usia 6 bulan :)

tidak sabar menunggu kelahiran sepupu
dari zuriat pertama adinda siti mardhiah dan suaminya
 Semoga Allah swt permudahkan proses bersalin kelak dan di kurniakan anak yang sihat bakal daie agama insyaAllah..
Mohon doanya :)


Monday, December 21, 2015

2015 Yang Kian Berlalu~


Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt :)
Alhamdulillah.. masih kembali menulis di blog yang terkadang sengaja di lupakan. Dalam tidak sedar, tahun 2015 sudah hampir melabuhkan tirainya dan tahun 2016 nanti..umu serta keluarga masih perlu berada di Semporna.  iya..rezeki kami masih Allah swt tetapkan di sini :)


18/12/2015..

Genap 5 tahun perkahwinan umu dan suami..dan hampir genap 5 tahun juga la kami berada di perantauan Semporna ini. Alhamdulillah...Allah  swt kurniakan kepada kami 3 orang anak yang kesemuanya di lahirkan di Sabah..
2010- Berkahwin
2011- Ummu Asma'
2013- Ahmad Umar
2015- Ummu Maryam

Semoga rumahtangga yang di bina, di kurniakan mawaddah dan rahmah dari  Allah swt. Kekal hingga ke syurga.. Allahumma amin..



Walaupun Ummu Maryam baru memasuki usia 4bulan...  umu sudah berkira-kira dan berfikir, adakah anak ke 4 nanti kami masih di bumi Semporna ini @  sudah memulakan kehidupan baru di Semenanjug..hmmm.. rasa hati bagai sudah berat mahu sahaja duduk  berdekatan dengan keluarga. Rasa lelah mengenangkan perjalanan yang jauh untuk  menatap wajah-wajah  mereka yang tersayang :')

*Allahuu...sedang  menaip entry ni..terasa rumah bergegar.. buka facebook... memang sudah di jangka berlaku gempa.. Allahu Allah.. gempa skala 6.1 di Kalimantan Indonesia..tapi kami yang berjiran ini pasti juga terasa gegarannya.. Semoga Allah swt lindungi kami dan abi yang sedang khuruj 40H di kawasan Semporna juga..amin.

Cuti sekolah akhir tahun kali ini, kami hanya balik semenanjung selama 2 minggu lebih sahaja. Menghadiri 2 aktiviti besar..iaitu kenduri kahwin adik perempuan ke 11 umu dan Hari Keluarga di sebelah suami.


Mibahuddin & Umu Sakinah
(kidnap gambar dari group whatsapp family, pengantin bagi report sedang berbulan madu..hihi)
Barakallahulakuma wa baraka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khair.

Jika ada yang kenal dengan adik ipar umu ini jangan terkejut kerana dia juga merupakan seorang blogger. Tidak di sangka,  sudah 2 orang blogger yang menjadi adik ipar umu  yang mana satu ketika dahulu blog mereka di antara blog yang umu selalu  baca. Kecilnya dunia :')


 Hari Keluarga sebelah arwah ayah suami :)
Di tengah itu moyang perempuan kepada  anak-anak umu :)


(kidnap gambar dari blog mak busu :))
Arwah mertua anak ke 2 dari 6 orang adik beradik. 
Pangkat pak ngah dalam family
Di tengah itu family kami. kelihatan kecil sekali :')
Semoga tahun hadapan, ahli kami semakin bertambah memandangkan awal tahun ini 2 orang adik suami telah berkhwin.
insyaAllah.

 Owh tidak lupa pencapaian pada tahun ini, umu berjaya mendapatkan lesen kereta... ketika mengandungkan ummu maryaam..hehee
Bila la agaknya nak memberanikan diri drive kereta di Semporna ni ye..hmm 

Doakan kami sekeluarga yang masih di perantauan :)
jazakumullahukhoir.
Hingga bertemu lagi...
.



Monday, June 29, 2015

Assalamualaikum wbt

Ramadhan 12
Alhamdulillah..
Masih wujud blog iman&amal ni :')
Tiba-tiba di kurniakan ilham untuk cari cara mudah mengupdate blog menggunakan telefon android. Sesebelum ni malas betul nak mengupdate blog asbab utama... kerana perlu on lappy...huhu

Rasanya lepas install application blogaway ni..mudah la kut nak bercerita panjang di sini. Rinduuuu nak menulis karangan pepanjang :')

Banyak perkara yang nak di ceritakan seperti dedulu kala. InsyaAllah moga jadi asbab bawa kebaikan kepada diri sendiri dan juga kepada orang yang membaca.

Allahumma amin..

Rasanya tidak terlambat lagi nak ucapkan selamat menjalani ibadah berpuasa kepada semua..

Ramadhan kareem..
Allahu akram :)


Thursday, February 20, 2014

Update lagi.... :) :) :)

Bismillahirrahmanirrahim....


Alhamdulillah... Rasa semakin seronok nak mengupdate blog walaupun agak sedikit kecewa apabila setiap kali buka blog dan melihat blog list di sebelah... tidak ramai yang mengupdate blog masing-masing.. Termasuk la blog suami sendiri :p

Orang kata sekarang ini zaman blog sudah berlalu...hmmmm

Dan sekarang merupakan zaman facebook....!!



Walaupun umu berkongsi facebook bersama suami.. tapi boleh dikatakan 90% friendlist adalah orang-orang yang berkaitan dengan suami.  Sehinggakan umu sudah hafal kawan-kawan suami yang dari

Sekampung
Sek ren Rantau Panjang
Sek Men Al-Wosto
Sek Men Al-Khairiah
UKM
USIM
Guru-guru di sek
Pelajar
Rakan Seusaha
Keluarga
Dan yang lain-lain

- hebatnye umu... :p :p


Dan semakin hari semakin bertambah ramai juga para pelajar suami yang berada dalam senarai friendlist tersebut...huhuu

Kata suami... 

Senang dia nak memantau aktiviti pelajarnya dan sekaligus boleh menegur direct di ruang komen ataupun melalui private massege :)

Jadinya.. penuh la wall kami dengan status remaja yang gambar-gambar dan ejaanya menyerabutkan mata umu membaca dan melihatnye...huhuuu

Makanya..semakin hari semakin hilanglah minat umu terhadap facebook.. apatah lagi untuk mengupdate status di dalamnya...




Dan...

Sekarang ini hari-hari umu di meriahkan dari bunyi siulan yang datangnya dari Whatsup!

Jika melayan Whatsup, rasanya tak jadi kerja di buatnya...hoho

Apatah lagi jika terlibat di dalam group whatsup yang aktif seperti group family dan masthurat ....hehee.. Lagi-lagi ahlinya adalah kaum wanita di dalam family sahaja makanya banyaaaakkkk perkara yang di bicarakan tanpa batas dan sempadan... yeay!

Walaupun duduk di seberang laut... tapi rasa dekat sahaja dengan adik beradik. :) :)




Jadinyaa... sambil melayan Whatsup, minat umu kembali kepada blog. Tidak kisah la ada pembaca atau tidak... Umu tetap akan menulis. Cumanya jika pembaca perasan.. pasti ada yang tertanya-tanya di mana menghilangnya penulis blog Hikayat Bidadari Dunia...

Alhamdulillah.. adinda mard sudah menyelesaikan pengajiannya di USM dan sedang menunggu dirinya di postingkan sebagai guru. Sambil-sambil melakukn sedikit sebanyak persediaan melangkah ke alam rumahtangga...heheheheeeee. 

Besar sudah rupanya adinda ku sorang ini. :p

Minta doakan segalanya di permudahkan jodoh Mard dan seorang lagi adik perempuan yang muda setahun darinya juga baru menyelesaikan pengajian di UUM.. 

InsyaAllah... harapannya .. dapat la abah 2 orang lagi menantu lelaki serentak hujung tahun ini.. Allahumma amin...  :) :)
.